Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport50Pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah terima bantuan khas RM1,000 Rabu ini47World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday45World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation45Jobless 19yo M’sian Charged With Murdering GF At Rented Room In Kuantan Last Week | WeirdKaya45Anggota tentera ditahan miliki pistol, air ketum sedang dalam fasa peralihan bersara45Business : Abang Johari Unveils RM14.8 Bln Sarawak Budget For 202744Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202743General : MARA To Complete Proposed Hospital Feasibility Study In Three Months40General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow40Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
RisingConfirmedupdated 55 min ago

Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
48
+200% / 60 min
Momentum
63
3 vs 1 mentions/h
Sources
2
4 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 11:20 MYTLatest activity 12 Oct, 12:20BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah menguruskan risiko kebergantungan eksport negara terhadap sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan mempelbagaikan rantaian nilai industri, sumber pertumbuhan ekonomi serta pasaran eksport. (Utusan Malaysia, 11:20)

Read the reporting

4 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Import murah boleh jejas industri tempatan

By ASLINDA NASIR · 12 Oct, 11:59 MYT

KUALA LUMPUR: Kebergantungan berterusan terhadap produk import yang ditawarkan pada harga lebih murah boleh menjejaskan kelangsungan pengeluar tempatan serta meningkatkan kebergantungan negara kepada pembekal luar dalam jangka panjang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keadaan itu boleh menyebabkan pengeluar tempatan kehilangan keupayaan untuk terus beroperasi sekiranya tidak mampu bersaing dengan produk import.

Beliau berkata, penutupan kilang tempatan bukan sahaja menghilangkan peluang pengeluaran dalam negara, malah boleh menyebabkan Malaysia semakin bergantung kepada produk dari luar.

“Akhirnya, produk yang dahulu kita import dengan harga murah juga boleh menjadi mahal apabila syarikat tempatan yang pernah menghasilkannya sudah menutup kilang.

“Sebab itulah keadaan ini antara yang menyebabkan berlakunya defisit dagangan besar antara Malaysia dengan China,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, kerajaan justeru itu perlu mengambil tindakan drastik bagi melindungi ekonomi negara daripada risiko kebergantungan terhadap import, khususnya dari negara yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan industri tempatan terus berdaya saing, selain mengelakkan negara terlalu bergantung kepada bekalan luar ketika berdepan ketegangan perdagangan antara kuasa ekonomi dunia.

Katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kini memberi tumpuan untuk menganalisis produk yang menyumbang kepada defisit dagangan Malaysia dengan China yang mencecah RM146 bilion pada tahun lalu.

“Kalau kita tengok, Amerika Syarikat (AS) dan China merupakan dua ekonomi terbesar dunia. AS mempunyai saiz ekonomi AS 32 trilion, manakala China 19.1 trilion. Dulu, apabila kedua-dua negara ini tidak mempunyai masalah, kita turut mendapat manfaat. Tetapi sekarang, apabila berlaku masalah, masing-masing mengenakan sekatan.

“Kalau kita berdagang dengan AS, kita mempunyai lebihan dagangan RM100 bilion pada tahun lalu. Tetapi apabila berdagang dengan China, kita mengalami defisit sebanyak RM146 bilion.

“Jadi, tumpuan kita di peringkat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) adalah menganalisis semua produk yang menyebabkan negara mengalami defisit dagangan begitu besar dengan China,” katanya.

Katanya, penelitian tersebut turut melibatkan usaha mengenal pasti produk yang pernah dihasilkan oleh syarikat tempatan tetapi tidak lagi dikeluarkan berikutan penutupan operasi atau faktor kos pengeluaran.

“Kita akan lihat, kalau dahulu syarikat tempatan pernah menghasilkan produk ini, kenapa sekarang mereka tidak boleh mengeluarkannya lagi sehingga ada yang menutup sebahagian operasi?

“Ini kerana kita terlalu mudah membenarkan import sebagai alternatif kepada kos pengeluaran. Akhirnya, dalam jangka panjang, syarikat tempatan yang biasa menghasilkan produk berkenaan terpaksa menutup kilang,” katanya.

Dalam hal ini, Johari berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa siri libat urus bersama syarikat tempatan bagi meneliti langkah yang perlu diambil untuk memperkukuh industri domestik.

Katanya, meskipun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatan kerajaan, kepentingan ekonomi negara dalam jangka panjang perlu diberikan keutamaan.

“Dalam proses ini, kita sudah mengadakan banyak siri libat urus dengan syarikat tempatan. Walaupun mereka tidak bersetuju, untuk manfaat jangka panjang negara, kita perlu mengambil tindakan yang sangat drastik.

“Kita mesti memastikan ekonomi negara dapat dilindungi tanpa terlalu bergantung kepada negara-negara yang kita rasa boleh menjejaskan ekonomi kita secara keseluruhan,” katanya. – UTUSAN

The post Import murah boleh jejas industri tempatan appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 4 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
  • Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 48first news pick-upNEWnow12:00
Latest 12:28 MYT
48Rising
Mentions / h3Velocity0.05/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  3. State
    Rising

    2 sources, growth +200%, z 2.8

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 11:20 MYT
Origin confidence 90% · 21 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.