
Lelaki Malaysia didakwa dikurung, dipukul selepas terpedaya tawaran kerja luar negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lelaki Malaysia didakwa dikurung, dipukul selepas terpedaya tawaran kerja luar negara (Harian Metro, 19:07)
Read the reporting
1 report
Lelaki Malaysia didakwa dikurung, dipukul selepas terpedaya tawaran kerja luar negara
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dipujuk dengan tawaran kerja khidmat pelanggan bergaji lumayan, seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan apabila dikatakan dikurung dan dipukul, selain keluarganya diminta membayar USD40,000 (RM163,400) untuk membebaskannya.
Nasib lelaki berusia 25 tahun itu menimbulkan kebimbangan keluarganya selepas dia dipercayai terperangkap dalam sindiket penipuan pekerjaan di luar negara, selain keberadaannya masih tidak diketahui sehingga kini.
Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo, berkata berdasarkan maklumat daripada keluarga, lelaki itu pernah bekerja di Singapura sebelum kembali ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan lain.
"Namun, disebabkan keadaan pekerjaan yang tidak stabil, beliau beberapa kali bertukar kerja. Tahun ini, beliau berkenalan dengan seorang lelaki di Pulau Pinang.
"Selepas hubungan mereka menjadi rapat, kenalan terbabit menawarkan pekerjaan sebagai kakitangan khidmat pelanggan di luar negara," katanya kepada Harian Metro.
Daniel berkata, menurut keluarga, kenalan terbabit mendakwa pekerjaan itu hanya memerlukan lelaki berkenaan berada di pejabat untuk berhubung dengan pelanggan tanpa perlu keluar menjalankan urusan perniagaan, selain menawarkan gaji bulanan yang lumayan.
"Dengan harapan mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil serta berbekalkan pengalaman bekerja di Singapura, lelaki itu bersetuju menerima tawaran terbabit.
"Namun, selepas tiba di negara berkenaan, keadaan tidak seperti dijanjikan. Keluarganya mendakwa lelaki itu hanya menyedari selepas menandatangani kontrak pekerjaan bahawa dia perlu membayar penalti sebanyak USD40,000 (RM163,400) sekiranya ingin berhenti kerja lebih awal," katanya.
Katanya, telefon bimbit peribadi lelaki itu didakwa dirampas sehingga menyukarkannya untuk berhubung dengan orang lain.
"Difahamkan lelaki itu berjaya menggunakan sebuah telefon di tempat kerja untuk meminta bantuan daripada seorang rakan yang dipercayainya sebelum menghubungi keluarganya melalui Instagram pada Julai lalu.
"Susulan itu, abang lelaki terbabit membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, Johor Bahru Utara, pada 31 Julai lalu. Menurut abangnya, kali terakhir mereka berhubung melalui WeChat adalah pada 18 Julai lalu.
"Keluarga juga memaklumkan bahawa mereka sudah pergi ke pejabat konsular untuk mendapatkan maklumat dan diberitahu bahawa lelaki itu meninggalkan Malaysia pada 17 April lalu," katanya.
Dalam pada itu, Daniel mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru menerima tawaran atau pergi bekerja di luar negara tanpa terlebih dahulu mengesahkan identiti majikan, lokasi tempat kerja serta syarat kontrak.
"Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam situasi berbahaya dan mengancam keselamatan diri.
"Orang ramai yang menghadapi situasi seumpama ini boleh menghubungi Cawangan Pahang MCCC melalui talian 014-9946697 untuk mendapatkan bantuan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.