Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 6 h ago

MMA persoal kadar 63 peratus MO lapor diri, ada doktor di Sabah masih 'on-call' 33 jam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
16
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 02:08 MYTLatest activity 9 Oct, 02:08BMconfidence 60%

What happened

MMA persoal kadar 63 peratus MO lapor diri, ada doktor di Sabah masih 'on-call' 33 jam (Harian Metro, 02:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

MMA persoal kadar 63 peratus MO lapor diri, ada doktor di Sabah masih 'on-call' 33 jam

By Noor Atiqah Sulaiman · 9 Oct, 02:08 MYT

nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mempersoalkan sama ada kadar 63 peratus pegawai perubatan (MO) yang melapor diri selepas ditawarkan penempatan tetap di Sabah dan Sarawak benar-benar diterjemahkan kepada pertambahan tenaga kerja di hospital yang memerlukan.

Presidennya, Dr L Sivanaesan berkata, maklum balas diterima daripada cawangan MMA Sabah menunjukkan beberapa jabatan hospital masih berdepan kekurangan MO.

Katanya, kekurangan itu menyebabkan ada di antara doktor yang perlu menjalani tugasan 'on-call' secara selang sehari (EOD), dengan doktor perkhidmatan kesihatan awam bekerja secara berterusan sehingga 33 jam.

"Walaupun kami mengalu-alukan perkembangan itu, maklum balas yang diterima menunjukkan angka berkenaan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar tenaga kerja di lapangan.

"Keadaan ini menimbulkan persoalan penting, iaitu sama ada penempatan yang dilaporkan itu benar-benar diterjemahkan kepada pertambahan jumlah doktor yang berkhidmat di fasiliti kesihatan yang paling memerlukan tenaga kerja.

"MMA menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan sama ada angka yang dilaporkan itu merangkumi doktor kelahiran Sabah serta MO asal dari Semenanjung yang sebelum ini sudah berkhidmat di Sabah dan memilih untuk terus kekal di negeri berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan seramai 673 pegawai perubatan melapor diri di Sabah dan Sarawak daripada 1,056 yang ditawarkan pelantikan tetap.

Katanya, antara faktor penolakan termasuk jarak keluarga, pilihan bertugas di bandar, kebimbangan peluang kerjaya serta kos dan masalah logistik.

Dr Sivanaesan turut meminta KKM untuk mendedahkan pecahan MO yang sudah melapor diri selepas menerima lantikan tetap, termasuk jumlah dari Semenanjung serta hospital dan klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak yang menerima penempatan berkenaan.

Selain itu, MMA juga mahu KKM mendedahkan jumlah terkini MO asal Semenanjung yang meninggalkan Sabah untuk kembali berkhidmat di Semenanjung, selain jumlah MO kelahiran Sabah yang berpindah untuk bertugas di Semenanjung.

"KKM juga perlu menyediakan angka pertambahan atau pengurangan bersih MO di setiap hospital dan klinik kesihatan susulan urusan penempatan terbaharu," katanya.

Menurutnya, angka kadar lapor diri semata-mata tidak memadai untuk menggambarkan sama ada masalah kekurangan tenaga kerja berjaya ditangani.

Beliau berkata, walaupun kadar lapor diri mencapai 63 peratus, lebih satu daripada tiga doktor yang ditawarkan penempatan belum melapor diri untuk bertugas.

"Ini adalah jurang yang besar dan memerlukan perhatian serius," katanya.

Dalam pada itu, MMA mengulangi gesaan supaya kerajaan mewujudkan papan pemuka pengagihan tenaga kerja kesihatan kebangsaan bagi menyediakan data terkini mengenai jumlah, taburan dan kekurangan tenaga kerja kesihatan di semua fasiliti kesihatan awam.

Katanya, ketelusan data penting bagi membolehkan kekurangan kritikal dikenal pasti, perancangan tenaga kerja diperkemas dan sumber kesihatan disalurkan ke fasiliti yang paling memerlukan.

"Mengatasi krisis tenaga kerja di Sabah dan Sarawak memerlukan lebih daripada sekadar penempatan.

"Usaha mengekalkan doktor, memperbaiki keadaan kerja, menyediakan elaun yang adil, sokongan mencukupi dan laluan perkembangan kerjaya yang jelas juga penting," katanya.

Beliau berkata, kejayaan penempatan doktor akhirnya perlu diukur berdasarkan kemampuan fasiliti kesihatan menyediakan tenaga kerja mencukupi untuk memastikan rawatan yang selamat, tepat pada masanya dan berkualiti kepada rakyat, bukan sekadar jumlah doktor yang melapor diri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 17NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
16New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 02:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    02:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.