
Only 63pc of doctors offered Sabah and Sarawak postings report for duty, says health minister
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR, Oct 8 — The Ministry of Health (MOH) is reviewing the implementation of a dedicated 30 per cent quota for specialist training via the Federal Training Award (HLP) for medical officers serving in Sabah and Sarawak. (Malay Mail, 13:14)
Read the reporting
1 report
Enggan berpisah keluarga, pasangan punca doktor tidak lapor diri
KUALA LUMPUR: Enggan berpisah dengan keluarga dan mahu dekat kepada pasangan, antara faktor lebih 3,500 doktor yang ditawarkan lantikan tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tidak melaporkan diri di Sabah dan Sarawak.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, hanya 673 pegawai perubatan daripada 4,255 penempatan pelantikan tetap yang ditawarkan Kementerian Kesihatan (KKM) direkodkan melaporkan diri.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 337 daripada 527 orang melapor diri di Sarawak sementara 336 daripada 528 lagi melaporkan diri di Sabah.
Menurutnya, tidak bersedia bertugas di kawasan pedalaman antara alasan dikenal pasti yang menyebabkan lebih 3,500 pegawai perubatan tersebut menolak tawaran pelantikan tetap.
Selain itu, faktor berjauhan dengan keluarga, tidak boleh berjauhan dengan pasangan dan lebih berminat bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar.
“Pegawai perubatan juga berpandangan mereka tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik sekiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
“Ada juga alasan mereka ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik, menghidap masalah kesihatan, masalah logistik, kewangan peribadi serta kos perpindahan yang tinggi.
“Antara faktor lain adalah persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak serta kerisauan mengenai hala tuju kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke Semenanjung ataupun wilayah asal mereka,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai kadar gagal lapor diri tinggi melibatkan 4,255 pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak yang berakhir kelmarin.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di kedua-dua negeri itu adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan yang ditawarkan dengan berlaku sedikit peningkatan berbanding 42 peratus pada 2025.
Dzulkefly berkata, bagi menggalakkan pegawai perubatan melapor diri di negeri itu, kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi lanjutan kepakaran untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak akan diteliti dan dilaksanakan.
“Elaun Pertukaran layak diterima adalah pada kadar 100 peratus merangkumi elaun makan, bayaran sewa hotel atau elaun lojing, tambang perjalanan dan tambang pengangkutan barang.
“Semasa bertukar kembali ke wilayah asal, pegawai perubatan juga layak menerima elaun gangguan dengan kadar sebulan gaji hakiki pegawai dan memberi merit tambahan bagi yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak dalam pertimbangan tawaran program latihan kepakaran dan cuti belajar di KKM,” katanya. – UTUSAN
The post Enggan berpisah keluarga, pasangan punca doktor tidak lapor diri appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)18:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.


