Malaysian Attention Engine
Live wire
47Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City39General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance36Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35General : Selangor Studying New Flood Retention Ponds, Drainage Upgrades To Tackle Flash Floods35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market33Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB29General : JENDELA Phase 2 In Perak To Build, Upgrade Transmitter Sites In Orang Asli Villages
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Mommy mungkin bukan ibu yang sempurna - luah Rita Rudaini kepada anak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:37 MYTLatest activity 18 Oct, 10:37BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kejayaan anak sulung pelakon Rita Rudaini, iaitu Airit Rayyan Rizqin, 17, meraih Anugerah Tokoh Kokurikulum Terbaik pada majlis konvokesyen Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar (SUBES) menjadi kebanggaan buat pelakon jelita itu. (Berita Harian, 10:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Mommy mungkin bukan ibu yang sempurna - luah Rita Rudaini kepada anak

By Serimah Mohd Sallehuddin · 18 Oct, 10:37 MYT

KUALA LUMPUR: Kejayaan anak sulung pelakon Rita Rudaini, iaitu Airit Rayyan Rizqin, 17, meraih Anugerah Tokoh Kokurikulum Terbaik pada majlis konvokesyen Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar (SUBES) menjadi kebanggaan buat pelakon jelita itu.

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Rita turut menitipkan ucapan menyentuh hati buat anaknya yang bakal menamatkan perjalanan lima tahun di sekolah berasrama penuh.

Menerusi perkongsian media sosial, Rita mengimbas kembali detik menghantar Rayyan ke asrama, termasuk saat anaknya itu berbisik kepada ibu saudaranya yang dipanggil Mak Ngah, meluahkan hasrat untuk pulang ke rumah.

Rita mengakui naluri seorang ibu ketika itu mahu membawa Rayyan pulang, namun, memilih membiarkan anaknya terus bertahan kerana memahami segala persiapan dan pengorbanan yang sudah dilakukan.

Lima tahun berlalu, Rita meluahkan rasa bangga melihat Rayyan berjaya mengharungi perjalanan persekolahan hingga ke penghujung alam persekolahan menengah.

"Sejak hari pertama Mommy lepaskan Ryan di asrama, doa Mommy tak pernah berhenti mengikuti Ryan," tulisnya.

Rita turut mengakui perjalanan anaknya bukan sentiasa mudah, sebaliknya pasti ada kepenatan, kekecewaan, air mata dan saat kemampuan dirinya mungkin dipandang rendah oleh orang lain.

Justeru, Rita berpesan supaya Rayyan tidak menjadikan penilaian manusia sebagai ukuran masa depannya, sebaliknya terus percaya kepada ketentuan Allah SWT serta menghargai usaha yang sudah dilakukan.

"Jadi, apabila Ryan masuk ke dewan nanti, tinggalkan semua kata-kata orang di luar. Bawa ilmu Ryan. Bawa usaha Ryan," titipnya.

Rita turut mengingatkan Rayyan bahawa perjuangan menduduki SPM bukan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain, sebaliknya demi dirinya sendiri serta memastikan segala usaha sepanjang lima tahun di asrama tidak sia-sia.

Dalam perkongsian sama, Rita turut menghalalkan segala makan minum anaknya, selain memohon maaf sekiranya sepanjang membesarkan Rayyan, dia pernah terlalu tegas, mendesak atau tidak sempat memahami perasaan anaknya.

"Mommy mungkin bukan ibu yang sempurna. Tetapi satu perkara yang Ryan tak perlu ragui sampai bila-bila… Mommy sayang Ryan dengan seluruh hati Mommy," katanya.

Mengakhiri pesanan itu, Rita meminta Rayyan terus mengejar impian dan menyelesaikan perjuangan SPM sebaik-baiknya, sambil menegaskan dirinya akan sentiasa menunggu, mendoakan serta menyayangi anaknya tanpa mengira apa juga keputusan yang dibawa pulang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 10:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.