Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times46Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'45General : Irmohizam Receives Influential Leaders Of Asia 2026 Award42General : Quran Not Just For Recitation, But For Guidance In Daily Life - Zulkifli41Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik41Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas38General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed37Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202736General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon35Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35General : Budget 2027: PDRM To Strengthen Operational Capabilities, Combat Digital Crime - IGP35Kes penyakit berkaitan jerebu catatkan peningkatan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Mulut Neraka’ kembali aktif

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 11:30 MYTLatest activity 10 Oct, 11:30BMconfidence 60%

What happened

MANAGUA: Gunung berapi terkenal yang digelar ‘Mulut Neraka’ di Nicaragua kini dikhuatiri sedang aktif semula, menurut amaran yang dikeluarkan oleh kumpulan saintis. (Utusan Malaysia, 11:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

‘Mulut Neraka’ kembali aktif

By ISZ YUSLIZA · 10 Oct, 11:30 MYT

MANAGUA: Gunung berapi terkenal yang digelar ‘Mulut Neraka’ di Nicaragua kini dikhuatiri sedang aktif semula, menurut amaran yang dikeluarkan oleh kumpulan saintis.

Pasukan penyelidik mene­mukan bukti kewujudan dua kebuk magma yang kini semakin terisi di bawah gunung berapi aktif Masaya yang terletak hanya 20 kilometer dari ibu negara, Managua, yang dihuni oleh kira-kira dua juta penduduk.

Pada masa sama, ribuan pelancong membanjiri lokasi berkenaan setiap tahun bagi melihat kawah Santiago sarat dengan lahar panas, ciri utama yang memberikan gunung berapi tersergam itu nama julukan menggerunkan.

Perkembangan tersebut men­­jadikan ancaman letusan sebagai kebimbangan berterusan, manakala kajian terbaharu menemukan petanda aktiviti yang mencurigakan tersembunyi di bawah permukaan tanah.

Meskipun kajian berkenaan tidak mengenalpasti sebarang bahaya secara serta-merta, penemuan itu menunjukkan bahawa saluran ‘paip’ dalaman ‘Mulut Neraka’ adalah jauh lebih kompleks daripada yang dianggarkan sebelum ini.

Usaha memahami sistem tiub dan takungan magma berkenaan merupakan kunci utama bagi mengesan sebarang perubahan yang boleh menjadi petunjuk kepada letusan bakal berlaku.

Ketua pengarang kajian dari Penn State University, Lizzie Johnson berkata, pemahaman yang mendalam mengenai aktiviti gunung berapi Masaya dan bahaya bersangkut-paut dengannya adalah amat kritikal.

‘Mulut Neraka’ merupakan gunung berapi yang sangat kompleks, terdiri daripada kawah berlapis dan lubang benam yang terbentuk akibat kebuk magma yang telah kosong.

Disebabkan oleh kompleksiti berkenaan, rangkaian terowong dan kebuk di bawah permukaannya masih kurang difahami oleh komuniti sains.

Keadaan itu menyukarkan usaha untuk ‘membaca’ isyarat halus yang mungkin memberi petunjuk berhubung letusan yang bakal berlaku sekali gus membawa ancaman keselamatan serius kepada lokasi tarikan pelancong berhampiran bandar utama tersebut.

“Meskipun Masaya kali ter­akhir menghasilkan aliran lahar secara besar-besaran pada tahun 1772, proses pelepasan gas secara berterusan kerap menghasilkan kepekatan gas sulfur dioksida pada paras berbahaya,” kata Johnson.

Gunung berapi tersebut turut mencatatkan beberapa siri letusan kecil dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini. Walaupun insiden berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan setakat ini, pihak penyelidik tidak mahu mengambil sebarang risiko. – AGENSI

The post ‘Mulut Neraka’ kembali aktif appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:0013:00
Latest 13:54 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 11:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

‘Mulut Neraka’ kembali aktif
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Mulut Neraka’ kembali aktif · Malaysian Attention Engine