Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar47Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor45YouTrip outage in Singapore and Thailand | The Straits Times44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting43Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November40Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak38Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan37Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar35Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
NewConfirmedupdated 59 min ago

Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 13:23 MYTLatest activity 19 Oct, 15:21BMconfidence 58%

What happened

Shafie Apdal turut bangkitkan keberkesanan perbelanjaan pembangunan di Sabah yang menurutnya masih belum menyelesaikan masalah asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya. KUALA LUMPUR: Shafie Apdal (Warisan-Semporna) menggesa kerajaan melahirkan lebih ramai doktor tempatan melalui institusi pengajian tinggi di Sabah bagi menangani kekurangan tenaga profesional kesihatan di Sabah dan Sarawak. (Free Malaysia Today, 13:23)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak

By Anne Muhammad · 19 Oct, 13:23 MYT

Shafie Apdal turut bangkitkan keberkesanan perbelanjaan pembangunan di Sabah yang menurutnya masih belum menyelesaikan masalah asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya. KUALA LUMPUR: Shafie Apdal (Warisan-Semporna) menggesa kerajaan melahirkan lebih ramai doktor tempatan melalui institusi pengajian tinggi di Sabah bagi menangani kekurangan tenaga profesional kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata usaha itu perlu disertai dengan peluasan latihan kepakaran bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga profesional dari luar serta meningkatkan akses penduduk, khususnya di kawasan luar bandar, kepada perkhidmatan kesihatan.

Shafie turut menyokong penubuhan fakulti pergigian di universiti di Sabah atau Sarawak bagi menangani kekurangan tenaga profesional dalam bidang berkenaan.

“(Kita perlu) melahirkan lebih ramai doktor tempatan melalui institusi pengajian tinggi di Sabah, termasuk memperluas latihan dalam bidang kepakaran yang masih kekurangan tenaga profesional,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Isu kekurangan doktor di Sabah dan Sarawak mendapat perhatian baru-baru ini selepas media melaporkan ramai pegawai perubatan yang ditawarkan pelantikan tetap gagal melapor diri untuk penempatan di kedua-dua negeri.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada 8 Oktober lalu berkata 336 daripada 528 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan di Sabah telah melapor diri, manakala 337 daripada 527 orang berbuat demikian di Sarawak. Secara keseluruhan, 63% daripada mereka yang ditawarkan penempatan di kedua-dua negeri melapor diri.

Dzulkefly berkata antara faktor pegawai perubatan menolak penempatan itu ialah berjauhan dengan keluarga, tidak bersedia bertukar ke kawasan luar bandar serta kecenderungan untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan di bandar.

Dalam pada itu, Shafie mempersoalkan keberkesanan perbelanjaan pembangunan di Sabah yang menurutnya masih belum menyelesaikan masalah asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya meskipun sejumlah besar peruntukan telah disalurkan.

Beliau berkata, berdasarkan angka yang dibentangkan, perbelanjaan kerajaan Sabah dari 2021 hingga 2026 berjumlah RM32 bilion, manakala perbelanjaan kerajaan persekutuan bagi tempoh sama mencecah RM87 bilion.

“Saya minta supaya ada KPI setiap belanjawan yang dibentangkan... sama ada pembekalan swasta atau pembayaran kerajaan,” katanya.

Beliau turut menggesa tindakan diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, sambil menyifatkan kelewatan projek yang bermula sejak 2016 itu tidak sepatutnya terus berlarutan.

Katanya, laporan audit berkaitan pelaksanaan projek berkenaan perlu diteliti dan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan projek infrastruktur disiapkan mengikut perancangan.

Mengenai subsidi, Shafie mencadangkan kerajaan menilai semula penggunaan peruntukan subsidi bahan api dengan menyalurkan sebahagiannya kepada pembangunan jalan raya dan pengangkutan awam, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kekurangan pengangkutan awam dan keadaan jalan raya yang kurang memuaskan menyebabkan penduduk di kedua-dua negeri terpaksa bergantung kepada kenderaan sendiri, termasuk pacuan empat roda.

“Kenapa perlu pacuan empat roda di Sabah dan Sarawak? Kerana jalan raya dan pengangkutan awam tidak membolehkan rakyat bergerak dengan mudah,” katanya.

Menurutnya, pelaburan dalam pengangkutan awam dan rangkaian rel boleh menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah perhubungan penduduk, selain mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi yang disifatkannya tidak mampan jika tidak diurus dengan baik.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow15:00
Latest 15:35 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
19 Oct, 13:23 MYT
Origin confidence 90% · 118 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    13:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.