
Murid OKU, cemerlang pertandingan robotik peringkat antarabangsa
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: Di sebalik kekurangan dan cabaran yang dihadapi, murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Batu Pahat ini berjaya melakar sejarah apabila meraih pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Robotik Asia Tenggara - Kontes Robot Nusantara (KRON) 2026 Peringkat Antarabangsa di Indonesia, baru-baru ini. (Berita Harian, 17:38)
Read the reporting
1 report
Murid OKU, cemerlang pertandingan robotik peringkat antarabangsa
JOHOR BAHRU: Di sebalik kekurangan dan cabaran yang dihadapi, murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Batu Pahat ini berjaya melakar sejarah apabila meraih pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Robotik Asia Tenggara - Kontes Robot Nusantara (KRON) 2026 Peringkat Antarabangsa di Indonesia, baru-baru ini.
Kejayaan cemerlang Azizul Haziq Muhamad Haire, 12, membuktikan status Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan penghalang bersaing dan berdiri sama tinggi dengan murid-murid aliran perdana.
Menyertai kejohanan dwi-tahunan kali ke-12 bagi sekolah rendah dan menengah itu, Azizul Haziq yang mempunyai masalah pembelajaran dan disleksia itu menjadi satu-satunya peserta MBPK yang bertanding di pentas antarabangsa berkenaan.
Anak bongsu daripada dua beradik itu berdepan tentangan sengit daripada peserta dari sekolah aliran perdana yang mewakili lima negara iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Malaysia.
Berkat latihan berterusan tanpa mengenal erti penat lelah serta sokongan padu guru, Azizul Haziq secara individu berjaya merangkul pingat emas bagi kategori Brickspeed MRT individu.
Dalam pertandingan itu juga, pasukan disertai Azizul Haziq turut menerima pingat gangsa menerusi kategori Creative Design iaitu kedudukan ketiga daripada 169 kumpulan, serta kategori Robot Theatre.
Tidak berhenti di situ, pencapaian pasukan itu turut diserikan dengan tempat keempat bagi kategori Ball Collector serta tempat kelima dalam kategori Road Challenge.
Bercerita lanjut mengenai Azizul Haziq, Guru SKPK Batu Pahat, Abdul Hafiz Margono berkata, minat dan pembentukan bakat anak muridnya itu bermula awal tahun ini apabila pihak Maker Space Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan perbincangan dengan sekolah berkenaan mengenai hala tuju bidang robotik dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Sejak daripada jalinan kerjasama itu, guru dan murid-murid termasuk Azizul Haziq mula aktif menyertai pelbagai pertandingan robotik dari peringkat daerah sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
"Tujuan kami adalah untuk mendapatkan pengalaman di samping membuka mata semua pihak akan kebolehan anak- anak MBPK.
"
Saya terkejut, terharu dan bangga dengan pencapaian Azizul Haziq kerana ia bukanlah mudah. Sebagai satu- satunya peserta MBPK yang bertanding dalam seluruh kejohanan yang dibarisi wakil-wakil dari lima negara, ia adalah suatu penghargaan buat kami," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Hafiz berkata, beliau berdepan cabaran terutamanya untuk memahamkan murid mengenai konsep dan peraturan pertandingan, selain mengendalikan bahan serta sistem robotik yang kompleks.
Bagi mengatasi cabaran itu, Abdul Hafiz berkata, pelbagai pendekatan khas digunakan seperti memberi arahan ringkas yang mudah difahami, menyediakan skrip mudah untuk dihafal serta panduan berbentuk gambar sebagai rujukan.
"Saya banyak meluangkan masa dengan murid di dalam dan luar waktu persekolahan. Setiap murid mempunyai keistimewaan yang berbeza. Jadi, pelbagai pendekatan dan juga cara pembelajaran yang saya gunakan dalam mengajar anak tentang robotik," katanya.
Abdul Hafiz berkata, dengan kejayaan Azizul Haziq ia, ia menjadi satu penanda aras yang menujukkan bahawa murid kategori MBPK juga boleh turut memberi saingan dengan murid sekolah aliran perdana.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.