
‘Nak masuk asrama, soalan PKSK macam nak jadi jurutera’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – “Anak saya nak masuk asrama saja untuk tingkatan satu, bukan nak minta kerja bidang kejuruteraan tahun depan.” (Kosmo!, 18:17)
Read the reporting
1 report
‘Nak masuk asrama, soalan PKSK macam nak jadi jurutera’
PETALING JAYA – “Anak saya nak masuk asrama saja untuk tingkatan satu, bukan nak minta kerja bidang kejuruteraan tahun depan.”
Itu antara luahan seorang wanita mengenai tahap kesukaran soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang mencetuskan perbincangan dalam kalangan ibu bapa di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @cikkalofa_ecvi secara berseloroh menyifatkan soalan peperiksaan berkenaan sebagai terlalu sukar untuk calon yang masih bersekolah rendah.
“Soalan peperiksaan PKSK ini memang hebat tahap teruk. Anak saya nak masuk asrama saja untuk Tingkatan Satu, bukan nak minta kerja bidang kejuruteraan tahun depan,” tulisnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan sebahagian ibu bapa turut berkongsi pengalaman anak masing-masing menduduki pentaksiran berkenaan.
Seorang lagi pengguna, @____drsshk turut menyifatkan soalan PKSK mencabar dan memerlukan calon menggunakan kemahiran berfikir serta logik.
“Nak masuk asrama saja tetapi soalan macam nak reka bentuk jambatan. PKSK memang menguji logik sampai mak ayah pun ikut duduk peperiksaan sekali,” katanya.
Pengguna @eifahonezz pula berkata, dia sendiri terkejut apabila mendengar anaknya menceritakan mengenai soalan yang diterima dalam PKSK.
“Anak saya pagi tadi menduduki PKSK. Saya dengar dia bercerita pun saya rasa, soalan apakah ini? Sudah macam tahap hendak ambil Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Semoga ada rezeki anak ke MRSM tahun depan,” katanya.
Pengguna lain, @sitichia pula berseloroh mengenai antara tajuk penulisan yang diberikan kepada calon iaitu berkaitan kepentingan memupuk sikap integriti dalam kalangan murid.
“Tajuk esei, kepentingan memupuk sikap integriti dalam kalangan murid. Awal betul budak-budak ini nak kena perangi rasuah,” katanya.
Seorang ibu lain, @cikkalofa_ecvi berkata, anaknya turut berasa tertekan untuk menjawab soalan yang disifatkan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pembelajaran mereka.
“Memang tertekan hendak menjawab soalan sebab tidak ada kaitan. Anak belum habis tertekan dengan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), kemudian Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), selepas itu PKSK pula,” katanya.
Sementara itu, pengguna @kiarahman1209 berpendapat peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar dikembalikan berbanding menggunakan PKSK sebagai kaedah penilaian.
“Sejujurnya saya rasa mereka patut mengembalikan UPSR daripada membuat penilaian melalui PKSK ini,” katanya.
Untuk rekod, PKSK bagi kemasukan murid Tingkatan Satu ke sekolah khusus bagi sesi 2027 mula dilaksanakan pada 12 Oktober lalu dan berlangsung sehingga 22 Oktober ini.
Pentaksiran itu menjadi antara syarat utama bagi murid yang memohon kemasukan ke sekolah khusus termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), selain kemasukan yang diselaraskan bersama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). – KOSMO! ONLINE
The post ‘Nak masuk asrama, soalan PKSK macam nak jadi jurutera’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!18:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.