
Nasihat Chong Wei buat Zii Jia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Seri Lee Chong Wei menasihatkan Lee Zii Jia supaya terus kuat mengharungi ujian susulan pertikaian membabitkan keluarganya, selain kekal fokus terhadap kerjaya badminton dan impiannya ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028. (Berita Harian, 17:03)
Read the reporting
1 report
Nasihat Chong Wei buat Zii Jia
KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Seri Lee Chong Wei menasihatkan Lee Zii Jia supaya terus kuat mengharungi ujian susulan pertikaian membabitkan keluarganya, selain kekal fokus terhadap kerjaya badminton dan impiannya ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Chong Wei berkata, beliau bersimpati dengan nasib pemain ranking ke-42 dunia itu kerana menyedari bukan mudah untuk seseorang berdepan masalah keluarga, lebih-lebih lagi apabila perkara berkenaan menjadi perhatian di media sosial.
"Saya berasa simpati terhadap Zii Jia kerana situasi seperti ini bukan mudah untuk dihadapinya terutama membabitkan keluarga," katanya ketika dihubungi.
Chong Wei percaya apa yang dihadapi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap mentalnya.
"Kalau kita kata perkara ini tidak mengganggu mentalnya, saya rasa itu tipulah. Situasi seperti ini memang bukan mudah untuk dihadapi," katanya.
Bagaimanapun, Chong Wei melihat perkembangan positif dalam permainan Zii Jia ketika beraksi di Terbuka Artik di Finland minggu lalu apabila pemain itu mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada juara kejohanan, Anders Antonsen, selepas pertarungan selama 78 minit.
Malah, beliau merumuskan prestasi Zii Jia kini sudah kembali mencapai tahap 75 peratus, dengan keyakinan serta corak serangan dan pertahanannya menunjukkan peningkatan, termasuk ketika menewaskan pemain nombor empat dunia dari Perancis, Christo Popov secara straight set.
Justeru, Chong Wei berharap Zii Jia dapat mengatasi ujian yang dihadapinya dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya, terutama menjelang kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang bermula Mei tahun depan.
"Nasihat saya, dia perlu lebih fokus kepada diri sendiri dan kerjayanya. Usianya bukan lagi muda dan kelayakan Olimpik akan bermula tahun depan. Saya berharap dia dapat bangkit, menjadi lebih baik dan fokus kepada masa depannya," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk membantu Zii Jia sekiranya diperlukan, termasuk menggunakan pengalamannya bagi memberikan sokongan kepada pemain itu mengharungi situasi sukar berkenaan.
"Apa yang saya boleh bantu, saya akan bantu. Saya harap dia dapat bangkit daripada perkara yang sedang dihadapinya dan terus fokus kepada masa depan," katanya.
Zii Jia sebelum ini dilapor memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu bagi membolehkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) syarikat pengurusannya, LZJ Management Sdn Bhd diadakan selepas mesyuarat terdahulu gagal dilaksanakan.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu turut memohon injunksi interim bagi menghalang bapanya, Lee Chee Hin, dan kakaknya, Lee Zii Yii, daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan syarikat sementara prosiding berjalan.
Zii Jia seterusnya dijadual beraksi pada Terbuka Hylo di Jerman dari 25 Oktober hingga 1 November ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.