
Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA (Harian Metro, 12:25)
Read the reporting
1 report
Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu mengambil langkah konkrit bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan penduduk di rantau ini.
Presidennya, Dr L Sivanesan berkata, pihak terbabit perlu menguatkuasakan perjanjian jerebu ASEAN dengan menetapkan tempoh pelaksanaan yang jelas, memastikan komitmen dipatuhi dan melaporkan kemajuan secara terbuka kepada orang ramai.
"Perjanjian serantau mesti menghasilkan keputusan yang bukan sekadar kekal sebagai janji di atas kertas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sivanesan berkata, pihak terbabit juga perlu menyiasat dan mendakwa pihak bertanggungjawab terhadap pembakaran haram termasuk syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia.
"Hukuman perlu dikenakan bagi mencegah pelanggaran berulang, manakala peta kawasan konsesi dan data titik panas kebakaran perlu boleh diakses oleh orang ramai.
"Selain itu, kita juga perlu menganggap jerebu sebagai kecemasan kesihatan awam dengan mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan kesihatan, memantau penyakit berkaitan jerebu serta memastikan kemudahan kesihatan mempunyai kakitangan, ubat-ubatan dan peralatan mencukupi," katanya.
Beliau berkata, pihak berkuasa perlu melindungi komuniti rentan dengan menyediakan perlindungan pernafasan bersesuaian.
"Ini termasuk pelitup muka secara percuma kepada mereka yang boleh menggunakannya dengan selamat serta menyediakan pusat perlindungan udara bersih di kawasan terjejas teruk dengan memberi keutamaan kepada kumpulan berisiko tinggi.
"Pada masa sama, pihak berkuasa juga perlu melindungi pendidikan kanak-kanak melaksanakan prosedur penutupan sekolah yang konsisten.
"Ini berdasarkan tahap kualiti udara dan memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan mendapat sokongan sewajarnya sepanjang pembelajaran di rumah," katanya.
Menurut Sivanesan, pihak berkuasa juga perlu mencegah kebakaran sebelum berlaku dengan melabur dalam pemulihan tanah gambut.
"Ia juga merangkumi pencegahan kebakaran, sistem amaran awal serta alternatif mampan kepada amalan tebang dan bakar. Usaha pencegahan juga mesti dilaksanakan sepanjang tahun.
"Doktor boleh merawat kesan jerebu terhadap kesihatan, namun usaha menangani punca utamanya memerlukan tindakan tegas dan komitmen berterusan daripada kerajaan di seluruh rantau ini," katanya.
Katanya, penduduk Asia Tenggara tidak seharusnya terpaksa menerima udara toksik sebagai keadaan yang berulang setiap tahun sejak lebih dua dekad lalu.
"Udara bersih ialah hak asas, bukannya satu keistimewaan. Selepas lebih dua dekad berdepan jerebu berulang, rakyat berhak mendapat hasil yang nyata," katanya.
Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ATHP) ditandatangani pada 2002 sebagai komitmen negara-negara anggota ASEAN untuk mencegah, mengawasi, dan memadamkan kebakaran secara bersama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.