
Nepal pendekkan tempoh pengisytiharan kematian akibat bencana
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Ordinan baharu Kerajaan Nepal berhubung perisytiharan kematian mangsa bencana yang masih gagal dihubungi, akan memberi kepastian undang-undang dan pentadbiran lebih jelas. (Berita Harian, 17:09)
Read the reporting
2 reports
Nepal pendekkan tempoh pengisytiharan kematian akibat bencana
KUALA LUMPUR: Ordinan baharu Kerajaan Nepal berhubung perisytiharan kematian mangsa bencana yang masih gagal dihubungi, akan memberi kepastian undang-undang dan pentadbiran lebih jelas.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ordinan yang memendekkan tempoh perisytiharan kepada 45 hari berbanding 12 tahun dari tarikh bencana itu akan memberi kelebihan kepada keluarga yang terjejas.
"Kita menyambut baik kelulusan ordinan baharu Kerajaan Nepal ini," katanya dalam kenyataan diterbitkan Wisma Putra hari ini.
Jumaat lalu, Kerajaan Nepal dilapor mencadangkan tempoh sedia ada yang menetapkan mangsa hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang selama 12 tahun, dipendekkan kepada 45 hari.
Cadangan Kathmandu itu dibuat selepas mengambil kira banjir dahsyat melanda Nepal yang mengorbankan banyak nyawa individu dari pelbagai negara.
Pada 2 Oktober lalu, media melaporkan seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Nepal susulan bencana banjir besar dan tanah runtuh, selamat dan sudah pulang ke tanah air.
Lelaki keturunan Cina yang melancong secara bersendirian itu, melaporkan diri di Kedutaan Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober, dan dilaporkan tiba ke tanah air selepas 37 hari bencana berkenaan.
Beliau antara 55 rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana disifatkan sebagai Tsunami Himalaya pada 26 Ogos lalu, susulan runtuhan batu dan ais salji, mengorbankan lebih 1,400 orang, manakala lebih 6,000 lagi masih gagal dikesan.
Operasi mencari dan menyelamat serta pemulihan mangsa masih dijalankan di beberapa kawasan terjejas banjir susulan kemusnahan meluas, menyebabkan lebih 70,000 penduduk terjejas secara langsung dan hilang tempat tinggal.
Dalam kejadian banjir itu, penempatan di kawasan cerun tinggi berhampiran sempadan Tibet terjejas teruk akibat banjir deras yang kuat susulan limpahan glasier secara mendadak.
Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mewakili Kerajaan Malaysia menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Kerajaan Nepal bagi menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula susulan banjir terbabit.
Sumbangan bernilai AS$1 juta itu diserahkan kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Nepal di Kuala Lumpur, Mudita Bajracharya di Putrajaya, hari ini.
"Mohamad ketika sesi penyerahan cek turut menyampaikan rasa simpati mendalam dan ucapan takziah Malaysia kepada Kerajaan dan rakyat Nepal, terutama waris kehilangan insan tersayang dan semua yang terjejas bencan itu.
"Sumbangan ini tanda sokongan berterusan Malaysia kepada Kerajaan dan rakyat Nepal pada waktu amat sukar ini.
"Kita terus bersama Kerajaan dan rakyat Nepal dalam proses pemulihan dan pembangunan semula serta akan menyokong usaha kemanusiaan antarabangsa dalam semangat kerjasama dan solidariti," katanya.
Sementara itu, Mudita memaklumkan Kerajaan Nepal kini memperinci ordinan berkenaan serta modaliti berkaitan bagi tujuan pengeluaran sijil kematian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.