
Neuer hadiah gol terpantas Bundesliga, paksa Bayern bangkit ikat Augsburg 2-2
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BERLIN: Bayern Munich terpaksa bangkit dua kali sebelum seri 2-2 dengan Augsburg dalam aksi Bundesliga, hari ini, selepas kesilapan Manuel Neuer menghasilkan gol terpantas dalam sejarah liga itu. (Berita Harian, 00:12)
Read the reporting
1 report
Neuer hadiah gol terpantas Bundesliga, paksa Bayern bangkit ikat Augsburg 2-2
BERLIN: Bayern Munich terpaksa bangkit dua kali sebelum seri 2-2 dengan Augsburg dalam aksi Bundesliga, hari ini, selepas kesilapan Manuel Neuer menghasilkan gol terpantas dalam sejarah liga itu.
Neuer melakukan kesilapan hanya lapan saat selepas sepak mula apabila hantaran lambungnya terus jatuh ke laluan Robin Fellhauer yang kemudian menyudahkan peluang ke gawang kosong.
Bundesliga mengesahkan gol itu direkodkan pada 8.4 saat, memecahkan rekod sebelum ini iaitu sembilan saat yang dikongsi Kevin Volland dan Karim Bellarabi.
Bayern yang terkejut dengan jaringan awal itu bergelut sepanjang babak pertama dan hampir ketinggalan dua gol apabila Juma Bah mensia-siakan peluang mudah pada minit ke-36.
Pelawat menyamakan kedudukan menerusi Ismael Saibari beberapa minit selepas rehat selepas menerima hantaran cantik Harry Kane.
Namun, Augsburg kembali di depan selepas Neuer sekali lagi gagal mengawal keadaan apabila menampan percubaan Calvin Brackelmann tepat ke laluan Rodrigo Ribeiro yang melepaskan rembatan kencang ke bawah palang.
Bayern kemudian menyaksikan dua gol Luis Diaz dan Serge Gnabry dibatalkan kerana ofsaid sebelum Kane sekali lagi menjadi pencetus apabila membantu Nathaniel Brown menjaringkan gol penyamaan 10 minit sebelum tamat.
Keputusan seri itu menyebabkan Bayern terlepas peluang untuk memintas Borussia Dortmund di puncak liga dan kekal di tangga kedua, dua mata di belakang pendahulu.
Dalam aksi lain, Bayer Leverkusen mencatat kemenangan dramatik 4-3 di Mainz.
Robert Andrich dan Patrik Schick meletakkan Leverkusen mendahului awal sebelum Anthony Caci menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat.
Jarell Quansah dan Moussa Diaby kemudian kembali meletakkan Leverkusen di depan sebelum Benedict Hollerbach menjaringkan gol ketiga Mainz pada penghujung perlawanan.
Hamburg pula mencatat kemenangan dramatik 3-2 di Hoffenheim hasil gol kemenangan Miro Muheim pada masa kecederaan.
Sementara itu, Stuttgart menewaskan Paderborn 2-0 hasil jaringan Jeff Chabot dan Chris Fuehrich, manakala Union Berlin menang tipis 1-0 ke atas Elversberg menerusi jaringan lewat Livan Burcu. -AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian00:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.