
Niat sembuh bukan alasan guna kaedah rawatan terlarang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Niat sembuh bukan alasan guna kaedah rawatan terlarang (Harian Metro, 11:19)
Read the reporting
1 report
Niat sembuh bukan alasan guna kaedah rawatan terlarang
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Rawatan tradisional adalah haram dan wajib ditinggalkan sekiranya terbukti amalan itu mengandungi unsur pemujaan, penyembahan atau pergantungan kepada kuasa selain Allah SWT.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, penggunaan kalimah suci dalam sesuatu upacara tidak semestinya membuktikan bahawa keseluruhan amalan itu menepati kehendak syariat Islam.
Sebaliknya, Mohd Sukki berkata, penentuan hukum terhadap sesuatu amalan hendaklah dibuat berdasarkan penelitian terhadap kandungan bacaan, bentuk upacara, tujuan pelaksanaan dan kepercayaan yang mendasarinya serta bukan semata-mata berdasarkan penampilan pengamal atau bahasa digunakan.
"Islam mengiktiraf rawatan yang berlandaskan syarak dan tidak menolak kaedah rawatan tradisional atau alternatif selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariat.
"Ia kerana keinginan untuk mendapatkan kesembuhan adalah fitrah manusia namun usaha itu mestilah dilaksanakan melalui kaedah yang dibenarkan syarak tanpa unsur khurafat, pemujaan atau kebergantungan kepada kuasa selain Allah SWT," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu video tular menunjukkan seorang individu dipercayai perawat yang mengubati pesakit dengan mencampurkan bacaan tahlil dan mantera Siam hingga mengundang pertanyaan dalam kalangan warganet mengenai hukumnya.
Mohd Sukki berkata, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berusaha mendapatkan rawatan apabila ditimpa penyakit.
Katanya, sabda Rasulullah, "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan Dia juga menjadikan baginya penawar." (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi).
Menurutnya, hadis itu jelas menunjukkan bahawa usaha mendapatkan kesembuhan adalah suatu tuntutan yang selaras dengan konsep tawakal kepada Allah SWT.
"Akan tetapi, matlamat yang baik tidak boleh menghalalkan penggunaan kaedah yang dilarang. Keinginan untuk sembuh tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan amalan yang mencemarkan akidah.
"Kalimah tahlil, La ilaha illallah adalah asas utama akidah Islam yang menegaskan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT.
"Oleh itu, penggunaan kalimah bersama-sama mantera yang mengandungi unsur pemujaan kepada makhluk, seruan kepada roh, jin atau dewa atau permohonan pertolongan bersifat ketuhanan daripada selain Allah SWT merupakan suatu percanggahan yang nyata dengan prinsip tauhid.
"Allah SWT berfirman, "Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata, maka janganlah kamu menyeru sesiapa pun bersama-sama Allah." (Surah al-Jinn: 18). Ayat itu menegaskan kewajipan memurnikan ibadah dan doa kepada Allah SWT," katanya.
Dalam hal itu, Mohd Sukki berkata, perlu difahami bahawa bukan semua mantera atau jampi dalam bahasa asing dianggap syirik.
Menurutnya, bahasa Siam, bahasa Melayu atau mana-mana bahasa lain bukanlah ukuran utama dalam menentukan hukum sesuatu bacaan.
"Sebaliknya, perkara yang menjadi ukuran ialah makna dan kandungan bacaan itu dan unsur kepercayaan yang menyertainya.
"Rasulullah SAW bersabda, "Bentangkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak mengapa melakukan jampi selama tidak mengandungi unsur syirik." (Riwayat Muslim, no. 2200).
"Hadis itu menjadi dalil penting bahawa sesuatu jampi atau ruqyah dibenarkan sekiranya kandungannya jelas, tidak mengandungi unsur syirik dan tidak bercanggah dengan syariat.
"Oleh itu, penggunaan mantera yang tidak diketahui maksudnya, khususnya apabila disertai upacara yang meragukan, hendaklah dielakkan sehingga kandungan dan tujuan sebenarnya dapat dipastikan," katanya.
Mohd Sukki berkata, dalam menangani isu rawatan yang meragukan, pendekatan pendidikan, nasihat dan bimbingan hendaklah diberikan keutamaan.
Katanya, pengamal rawatan tradisional perlu memahami batasan syarak manakala masyarakat hendaklah mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa agama apabila berhadapan dengan amalan yang tidak jelas.
"Perkara ini juga selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Irsyad Hukum Siri Ke-219: Hukum Mengamalkan Jampi Nenek Moyang, yang membezakan antara jampi yang diharuskan dengan jampi yang mengandungi unsur syirik atau ungkapan yang tidak diketahui maknanya.
"Dalam konteks dakwah, teguran terhadap sesuatu amalan yang bercanggah dengan syariat hendaklah dilakukan dengan hikmah tetapi ketegasan dalam mempertahankan prinsip tauhid tidak boleh dikompromikan.
"Setiap Muslim dituntut berikhtiar mendapatkan rawatan, namun ikhtiar itu tidak boleh dilakukan dengan menggadaikan kesucian akidah.
"Individu terbabit hendaklah diberikan nasihat supaya kembali kepada ajaran Islam, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan mendapatkan bimbingan agama yang betul," katanya.
Menurutnya, janganlah kerana ingin menyembuhkan penyakit jasmani, seseorang akhirnya mengundang penyakit yang lebih berbahaya terhadap akidah dan keimanan.
"Kesembuhan perlu dicari, tetapi tauhid wajib dipelihara," katanya.
#kw video, tular, rawatan, mantera, siam, mufti, kuala lumpur
tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.