Malaysian Attention Engine
Live wire
41Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO36General : MOH Will Recommend Absorbing Dental and Pharmacy Officers - Dzulkefly35Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz35Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes35Kinergy lands RM47.5mil hyperscale data centre job34LAC Med dapat kontrak sedia penyelesaian pengimejan perubatan bernilai sehingga RM20 juta34Football: Soccer-UK PM Burnham to release details of dealings with Manchester City34Melbourne imam denies links to suspected flydubai hijacker34Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Nikmati kepuasan selain mahu kekal relevan dengan terus berkarya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:04 MYTLatest activity 13 Oct, 06:04BMconfidence 60%

What happened

Nikmati kepuasan selain mahu kekal relevan dengan terus berkarya (Harian Metro, 06:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Nikmati kepuasan selain mahu kekal relevan dengan terus berkarya

By Ramlah Zainal · 13 Oct, 06:04 MYT

am@hmetro.com.my

Bermula dari gelaran juara program realiti Big Stage musim pertama pada 2018, penyanyi muda berbakat besar, Sarah Suhairi, 26, meneruskan kemaraan dalam bidang seni tanpa menoleh ke belakang.

Apatah selepas lagu duet berjudul Sah bersama penyanyi Alfie Zumi menjadi tular, Sarah terus menghasilkan single demi single yang turut mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

Sebagai penyanyi, Sarah juga mengakui dia akan terus menghasilkan karya baharu buat kepuasan diri dan peminat yang menyokong karier nyanyiannya sejak dulu.

Menurutnya, dia juga mahu meneroka benda baharu dalam setiap karya dihasilkan untuk kekal relevan dalam industri muzik tempatan.

Terbaharu, Sarah tampil dengan single berjudul Tak Perlu Rasa yang dilancarkan di semua platform penstriman pada 18 September lalu.

Menurutnya, dia berharap lagu baharunya dapat membantu orang ramai untuk 'move on' daripada perhubungan lalu dan meneruskan kehidupan mendatang secara positif.

"Sebenarnya, ia terpulang pada semua orang dan benda ini sangat subjektif. Macam sebelum ini, ramai yang suka lagu galau, tapi ada juga yang hantar mesej peribadi (DM) minta saya buat lagu rancak.

"Sebenarnya saya rindukan 'vibes' lagu yang gembira, selain membantu orang lain 'move on' dari sudut yang positif.

"Dari fasa yang meratap dan menangis berpanjangan, lebih baik kita bagi sesuatu di mana diri kita bebas dari hubungan lalu dengan gembira tanpa perlu bergantung pada orang lain. Bagi saya benda itu pun penting daripada terus bersedih sebab sedih lama-lama pun tak bagus," katanya.

Kata Sarah, dia juga menerima maklum balas daripada pengikut yang menyifatkan lagu Tak Perlu Rasa membantu mereka untuk 'move on' dalam perhubungan lalu.

"Memang ada pengikut yang meluahkan mereka sudah 'move on' dengan bekas kekasih bila dengar lagu itu. Saya pun macam tak kisah ke kisah peribadi macam itu dikongsi di media sosial?

"Tapi bagi saya terpulanglah... kalau dia nak kongsi dan saya bersyukur kalau dia rasa lagu Tak Perlu Rasa itu dapat membantunya 'move on' dan saya pun tumpang gembira," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Antara single yang pernah dihasilkan Sarah ialah Pedih, Nyawa & Raga, Busy Ke?, lagu duet Bicara Rasa (bersama penyanyi Ariff Bahran) serta lagu duet Dengan Lafaznya bersama penyanyi Sufian Suhaimi.

Bakal lancar album mini

Lebih bermakna, kata Sarah, lagu Tak Perlu Rasa adalah pembuka untuk pembikinan album mini atau EP yang akan dilancarkan pada 13 November depan.

"Saya akan keluarkan lagu satu demi satu pada bulan ini sebelum album mini yang akan memuatkan lima lagu itu dilancarkan.

"Sebab nak buat banyak lagu pun rasa macam berisiko kerana kalau boleh saya mahukan setiap lagu dihasilkan dapat 'sportlight' tersendiri.

"Kalau banyak lagu dikeluarkan, saya risau kalau ada lagu yang mungkin terlepas pandang. Mungkin lagu itu bagus, tapi kita tak cukup masa untuk mempromosikannya," katanya.

Pada masa sama, kata Sarah, dia juga baru mula mahu meneroka untuk membuat album mini, EP dan sebagainya.

"Sebelum ini, kita hanya keluar single demi single, setahun satu atau dua lagu termasuk lagu raya, lagu zikir masa Ramadan dan kali ini, album mini yang juga sesuatu yang baru buat diri ini.

"Saya mahu bekerja dengan komposer yang berbeza kerana pengalaman yang dirasa sangat seronok untuk saya yang mula terbabit dalam penciptaan melodi dan lirik sendiri.

"Saya juga mahu bekerjasama dengan komposer yang bagus dan mereka pun boleh bagi saya meneroka lagu yang sesuai untuk 'vibes' saya sebab kalau boleh saya tak nak lagu tangkap muat sahaja," katanya.

Sementara itu, beralih sisi peribadi, Sarah kini bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Aswad Anuar yang juga duda tiga anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sesibuk manapun, kata Sarah, dia akan memastikan dapat membahagikan masa antara karier nyanyian dan rumah tangga bergerak seiringan.

"Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet soal makan dan senang dijaga. Suami saya suka menu yang mudah sahaja seperti bihun goreng dengan telur mata saja.

"Kalau saya masak lauk pauk yang kompleks, dia akan cakap tak payah susah-susah tapi kadang-kadang kita pun nak cuba resipi baharu juga.

"Anak-anak tiri pula tinggal bersama ibu mereka. Tapi kadang-kadang ada masanya mereka datang ke rumah dan makan apa saja yang dimasak," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:00
Latest 07:46 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 06:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.