
Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Hujung minggu selalunya warga kota mencari peluang untuk makan bersama keluarga, rakan atau orang tersayang di pelbagai destinasi makan-makan sama ada viral atau yang popular tidak kira di kafe, restoran atau di hotel. (Kosmo!, 17:51)
Read the reporting
1 report
Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR – Hujung minggu selalunya warga kota mencari peluang untuk makan bersama keluarga, rakan atau orang tersayang di pelbagai destinasi makan-makan sama ada viral atau yang popular tidak kira di kafe, restoran atau di hotel.
Namun, jika ada yang merindukan masakan ibu di kampung khususnya berkaitan dengan selera peranakan Baba dan Nyonya selain mahu bersantai menikmati makan tengahari berkonsepkan bufet dalam suasana hotel terkenal, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur boleh dijadikan pilihan terbaik.
Sepanjang bulan Oktober hingga 30 November ini, orang ramai boleh menikmati pelbagai makanan berkonsepkan peranakan yang menyelerakan pada harga bermula RM118 untuk dewasa manakala RM59 untuk kanak-kanak.
Bagi pembuka selera, tetamu boleh menikmati otak-otak yang dibakar di dapur khasnya yang mana inti otak-otak itu begitu padat dan menawarkan rasa istimewa lain daripada yang lain.
Menu tersebut bersesuaian dinikmati bersama satay ayam atau daging untuk dimakan bersama nasi impit serta kuah kacang yang pekat dan penuh dengan citarasa seperti masakan di rumah.
Menu satay ini adalah antara kegemaran tetamu Restoran Makan Kitchen di hotel tersebut.
Selain itu, menu Peranakan ini juga bersesuaian dijadikan hidangan lengkap bersama nasi kerana ia turut menghidangkan udang masak lemak nenas, ikan jenahak asam pedas, ayam kapitan, telur goreng cencaluk dan udang, selain paha kambing percik bakar ketuhar dan Ikan Kakap dibakar menggunakan daun pisang.
Menu lain pula adalah Bakwan Kepiting, Itik Tim dan Laksa makanan laut yang menyelerakan serta untuk pemanis mulut boleh nikmati kuih Nyonya dan Nyonya Chang.
Pilihan bukan sahaja kepada menu peranakan, Makan Kitchen turut menyajikan bufet beberapa segmen makanan lain termasuk Barat, Cina dan juga India bagi memenuhi kehendak pelanggan daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta latar belakang kerjaya.-KOSMO!ONLINE
The post Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.