
NU Fest 2027 juang kedamaian, penyatuan muzik serumpun
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PERSADA muzik tanah air akan digegarkan dengan kehadiran festival berskala besar apabila NU Fest 2027 diumumkan bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari tahun hadapan. (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
NU Fest 2027 juang kedamaian, penyatuan muzik serumpun
PERSADA muzik tanah air akan digegarkan dengan kehadiran festival berskala besar apabila NU Fest 2027 diumumkan bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari tahun hadapan.
Menghimpunkan selebriti daripada pelbagai generalisasi genre, festival ini bukan sekadar sebuah konsert hiburan biasa, sebaliknya sebuah perhimpunan agung yang meraikan ikatan seni serumpun merentasi sempadan Malaysia dan Indonesia.
Antara barisan artis terkemuka yang bakal memeriahkan pentas utama termasuklah kumpulan The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja, dan Monosterio.
Lebih menarik, peminat juga bakal disajikan dengan kemunculan istimewa daripada band D_Va, Masdo, serta kumpulan legenda Indonesia, Nidji.
Menurut wakil penganjur, COMs. Creative Studio iaitu Zairul Addry Helmi, festival berkenaan tampil dengan barisan artis yang merentasi pelbagai generasi dan kelompok peminat, menjanjikan pengalaman muzik yang segar serta pelbagai buat para penonton.
“Kami mahu barisan artis yang boleh merentasi beberapa generasi dan kelompok peminat yang berbeza.
“Setiap nama mempunyai karakter tersendiri, daripada rock, pop dan nostalgia sehinggalah muzik alternatif serta ‘energy’ yang lebih segar.
“Gabungan ini diharap dapat memberikan pengalaman muzik yang pelbagai sepanjang berlangsungnya festival,” katanya kepada HibGlam.
KUMPULAN popular seberang, Nidji antara band yang akan memeriahkan NU Fest tahun hadapan.
Menyasarkan sambutan hangat daripada para peminat muzik rock alternatif dan pop indie, pihak penganjur meletakkan sasaran kehadiran penonton yang cukup membanggakan.
”Sasaran saya untuk pengunjung, mungkin kita target seramai 10,000 sehingga 15,000 orang. Saya tak cakap kita akan ‘sold out’ (habis terjual) tapi saya harapkan 70 kepada 80 peratus tiket terjual.
“Kalau ‘sold out’ itu daripada rezeki Allah,” katanya lagi.
Mengulas mengenai penyertaan kumpulan dari seberang, Nidji dan The Changcuters saat perbalahan melibatkan antara rakyat Indonesia dan Malaysia, pihak penganjur menegaskan bahawa sebarang kekeliruan yang timbul sebelum ini selesai dan tiada apa yang perlu bimbangkan.
“Sebenarnya apa yang berlaku itu adalah kekeliruan dan telah pun berakhir. Lagu-lagu Nidji menggambarkan kedamaian, percintaan dan teman sejati.
“Jadi kenapa Nidji selalu dekat di hati orang Malaysia kerana lagu-lagunya dan itu sebab mereka selalu dipanggil.
“Mereka inilah yang selalu mendamaikan segala-galanya,” jelasnya.
Disoal sama ada timbul kebimbangan festival anjuran COMs. Creative dan kerjasama AKE Seni itu bakal diboikot, Zairul berharap muzik dapat menyatukan kembali pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia yang berlaku dalam media sosial.
“Soalan itu sebenarnya kita tak takut (diboikot) sebab kita bermain muzik.
“Muzik ini menyatukan dan tidak ada kalau benda itu terjadi, sudah tentu semua konsert di Malaysia semua akan terganggu.
“Tapi saya rasa itu tak ada masalah sebab kita buat konsert begini pun orang Indonesia datang ke sini dan kita pun pergi konsert di sana.
“Itu maksudnya ada kedamaian dan penyatuan di sebalik itu sebab kita serumpun,” tutupnya.- KOSMO! ONLINE
The post NU Fest 2027 juang kedamaian, penyatuan muzik serumpun appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.