
NUBE kalah rayuan perintah henti keluar kenyataan, berpiket
Only social or community posts, or a single source.
What happened
High Court judge Norliza Othman said denying the Industrial Court the power to maintain order in its proceedings will reduce it to a 'toothless tiger'. KUALA LUMPUR: The National Union of Bank Employees (NUBE) has failed in its appeal against a cease and desist order to refrain it from making public statements and organising pickets over a trade dispute with Malayan Banking Bhd (Maybank). (Free Malaysia Today, 19:14)
Read the reporting
2 reports
NUBE kalah rayuan perintah henti keluar kenyataan, berpiket
Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman berkata, tindakan nafi kuasa Mahkamah Perusahaan untuk pastikan prosiding berjalan lancar akan jadikannya seolah-olah 'harimau tanpa taring'. KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) gagal dalam rayuannya terhadap perintah 'cease and desist' yang melarangnya daripada mengeluarkan kenyataan awam serta mengadakan piket berhubung pertikaian dengan Malayan Banking Bhd (Maybank).
Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman menolak rayuan itu hari ini dengan kos sebanyak RM10,000.
Dalam alasan ringkas penghakimannya, Norliza berkata, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan itu bukanlah suatu injunksi seperti yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil di bawah Akta Relif Spesifik 1950.
Mahkamah Perusahaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan injunksi sedemikian, katanya.
Sebaliknya, ia perintah sampingan yang dibuat di bawah Seksyen 28 dan 29(g) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi mengekalkan status quo, mengelakkan ketegangan daripada memuncak, serta memastikan prosiding berjalan lancar.
Sekatan tersebut juga bertujuan mengelakkan 'trial by media' selagi pertikaian itu belum selesai, di samping memelihara integriti prosiding Mahkamah Perusahaan.
Norliza bersetuju bahawa tindakan menafikan kuasa Mahkamah Perusahaan untuk memastikan prosidingnya berjalan lancar akan menjejaskan objektif undang-undang dan menjadikannya seolah-olah 'harimau tanpa taring'.
Beliau turut menolak hujah NUBE bahawa perintah itu mendahului keputusan pertikaian itu, menegaskan bahawa ia sekadar perintah interim dan tiada sebarang penemuan dibuat terhadap merit dakwaan terhadap Maybank.
Menyentuh mengenai kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Norliza berkata, hak tersebut bukanlah mutlak dan boleh dihadkan.
Beliau bersetuju bahawa hantaran di platform awam dan piket oleh kesatuan itu menyentuh perkara pokok yang sedang dibicarakan di Mahkamah Perusahaan, berisiko menjejaskan prosiding terbabit.
Sekatan tersebut adalah perlu bagi memastikan pertikaian berkenaan dapat didengar dan diputuskan secara adil, katanya.
Pertikaian itu timbul susulan dakwaan gangguan seksual yang dibuat oleh seorang bekas pekerja bank terhadap rakan sekerjanya.
Walaupun isu itu telah ditangani pada 2021, ia timbul semula pada 2024 semasa satu proses aduan yang berasingan, sekali gus mencetuskan kempen awam dan piket oleh pihak NUBE.
Kesatuan itu meneruskan tindakannya selepas pertikaian tersebut dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, lantas mendorong Maybank memohon relif interim di bawah Seksyen 29(g) dan 30 akta berkenaan.
Janice Anne Leo, Chong Jen Hui dan Adrienne Sena hadir mewakili Maybank, manakala Ravi Nekoo dan Arvinkumar Mohan tampil bagi pihak NUBE.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today19:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.