Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

OSK perkukuh identiti baharu, sasar GDV RM1.34 bilion

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 10:40 MYTLatest activity 14 Oct, 10:40BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kumpulan OSK memperbaharui hala tuju jenamanya menerusi penyatuan tiga bahagian perniagaan utama di bawah Construction, Investment dan Development (CID), dengan sasaran memperkukuh pertumbuhan serta menawarkan nilai lebih besar kepada pelanggan dan komuniti. (Berita Harian, 10:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

OSK perkukuh identiti baharu, sasar GDV RM1.34 bilion

By Nabihah Razak · 14 Oct, 10:40 MYT

KUALA LUMPUR: Kumpulan OSK memperbaharui hala tuju jenamanya menerusi penyatuan tiga bahagian perniagaan utama di bawah Construction, Investment dan Development (CID), dengan sasaran memperkukuh pertumbuhan serta menawarkan nilai lebih besar kepada pelanggan dan komuniti.

Langkah itu diperkenalkan menerusi pelancaran identiti jenama baharu OSK di EQ Kuala Lumpur, pada 8 Oktober lalu, berteraskan tujuan bersama "Making Ordinary Extraordinary" atau menjadikan perkara biasa sesuatu yang luar biasa.

Pembaharuan itu tidak mengubah logo korporat sedia ada, sebaliknya mengekalkan legasi OSK dengan memperkenalkan tujuan jenama yang diperbaharui, warna baharu dikenali sebagai OSKoral serta kerjasama lebih erat antara OSK Construction, OSK Property Investment dan OSK Property Development.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan OSK, Ong Ju Xing, berkata pembaharuan itu mencerminkan kedudukan kumpulan ketika ini serta hala tuju yang ingin dicapai pada masa depan.

"Making Ordinary Extraordinary memberikan kita tujuan bersama dan mengingatkan bahawa individu biasa seperti kita mampu menghasilkan pencapaian luar biasa apabila mempunyai matlamat yang sama untuk menambah baik pengalaman harian yang memberi makna kepada kehidupan orang lain," katanya.

Beliau berkata, gabungan kekuatan bahagian pembinaan, pelaburan dan pembangunan hartanah, bersama perniagaan pembuatan kabel, panel dinding Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta hospitaliti, diyakini mampu mewujudkan nilai lebih besar kepada pelanggan, rakan niaga dan komuniti.

Sasar pelancaran hartanah RM1.34 bilion

Selari dengan hala tuju baharu itu, OSK merancang pelancaran hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.34 bilion pada 2027, merangkumi pelbagai segmen pasaran dan lokasi.

Antara perancangan utama ialah langkah OSK Property Development memasuki segmen kediaman mewah menerusi siri Signature di Subang, sekali gus melengkapkan rangkaian pembangunan kediaman sedia ada.

Perkembangan itu menyusuli kejayaan projek pertama siri berkenaan di Kuantan, OSK Ombak, apabila fasa pertamanya mendapat tempahan penuh dalam tempoh tiga bulan.

Pengembangan itu mencerminkan usaha OSK Property Development memenuhi perubahan aspirasi pembeli rumah, selain memperluas pilihan kediaman bagi memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai segmen pasaran.

Perkukuh aset sebagai destinasi komuniti

Bagi OSK Property Investment, tumpuan seterusnya ialah mentransformasikan aset sedia ada menjadi destinasi lebih menarik dan meriah, sekali gus meningkatkan pengalaman harian komuniti setempat.

Usaha itu meliputi pengukuhan penawaran gaya hidup di Atria Shopping Gallery, Faber Towers dan YOUCity Retail menerusi gabungan pengalaman membeli-belah, makanan dan minuman, kesejahteraan, riadah serta aktiviti komuniti.

OSK Property Investment turut merancang meneroka peluang di lokasi asetnya bagi mewujudkan ruang yang melangkaui fungsi asal, termasuk sebagai tempat masyarakat berinteraksi, meluangkan masa bersama dan menikmati pengalaman harian yang bermakna.

Sementara itu, OSK Construction akan meningkatkan penyertaan dalam tender projek pembinaan luaran sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan lebih aktif.

Selain terus menyokong projek OSK Property Development dan mengekalkan kerjasama rapat antara kedua-dua bahagian, langkah itu membolehkan OSK Construction memanfaatkan kepakaran, keupayaan serta rekod prestasinya untuk meneroka peluang lebih luas dalam industri pembinaan.

Identiti baharu diperkenal secara berperingkat

Melalui CID dan model perniagaan berasaskan ekosistem, OSK berhasrat menggabungkan kekuatan seluruh perniagaannya, termasuk pembangunan serta pelaburan hartanah, pembinaan, pembuatan kabel, panel dinding IBS dan hospitaliti.

Pendekatan itu dibina atas asas perniagaan sedia ada dengan tujuan bersama yang lebih jelas serta tenaga baharu bagi menyokong pertumbuhan kumpulan.

Identiti jenama yang diperbaharui, termasuk warna OSKoral dan tujuan jenama "Making Ordinary Extraordinary", akan diperkenalkan secara berperingkat menerusi komunikasi korporat, projek pembangunan, aset serta saluran digital OSK.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web OSK .

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:46 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 10:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.