Padah miliki 120 biji telur penyu, lelaki dijel dan didenda RM50,000
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SANDAKAN - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 120 biji telur penyu yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya di Sabah.Tertuduh, Jumadil Jamil, 44, yang bekerja sendiri, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Khushairy Ibrahim.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 120 biji telur Penyu Hijau (Chelonia mydas) di kawasan tempat letak kenderaan berhadapan sebuah restoran di Kota Kinabatangan pada jam 8.06 malam, 4 Julai 2025.Penyu Hijau mer (Sinar Harian, 17:51)
Read the reporting
1 reportPadah miliki 120 biji telur penyu, lelaki dijel dan didenda RM50,000
SANDAKAN - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 120 biji telur penyu yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya di Sabah.Tertuduh, Jumadil Jamil, 44, yang bekerja sendiri, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Khushairy Ibrahim.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 120 biji telur Penyu Hijau (Chelonia mydas) di kawasan tempat letak kenderaan berhadapan sebuah restoran di Kota Kinabatangan pada jam 8.06 malam, 4 Julai 2025.Penyu Hijau merupakan spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya dan disenaraikan di bawah Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 8 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 41(4)(a) enakmen sama.Peruntukan itu membawa hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian17:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.