
Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
GEORGE TOWN – Seramai 130,790 pengguna air di Pulau Pinang yang terjejas akibat kejadian paip pecah di Kampung Lokan, Seberang Perai Utara (SPU) dekat sini, kelmarin mula menerima bekalan air secara berperingkat, petang semalam. (Kosmo!, 12:29)
Read the reporting
2 reports
Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air
GEORGE TOWN – Seramai 130,790 pengguna air di Pulau Pinang yang terjejas akibat kejadian paip pecah di Kampung Lokan, Seberang Perai Utara (SPU) dekat sini, kelmarin mula menerima bekalan air secara berperingkat, petang semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, sebanyak 96.67 peratus daripada pengguna terjejas telah kembali menikmati bekalan air seperti biasa setakat pukul 7 pagi ini.
Menurutnya, kerja-kerja pembaikan paip berdiameter 300 milimeter yang pecah di Kampung Lokan itu selesai pada pukul 4 petang semalam.
“Protokol Pelan Respons Kecemasan (ERP) PBAPP telah diaktifkan bagi memastikan tindakan segera diambil. Kerja-kerja pembaikan selesai pada pukul 4 petang semalam.
“Sehingga pukul 7 pagi hari ini, perkhidmatan bekalan air telah kembali pulih seperti biasa bagi 96.67 peratus pengguna yang terjejas,” katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, kejadian yang dikesan berlaku pada pukul 11.30 malam kelmarin itu turut menyebabkan banjir berlaku di kampung berkenaan.
“Bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan, PBAPP terpaksa menghentikan sementara operasi paip utama berdiameter 1,350 milimeter yang menyalurkan air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke bahagian pulau melalui saluran paip dasar laut berkembar.
“Tindakan itu menyebabkan jumlah air yang dipam ke bahagian pulau berkurangan buat sementara waktu,” katanya.
Beliau memberitahu, gangguan bekalan air tidak berjadual itu menjejaskan pengguna di Seberang Perai Utara, Daerah Barat Daya dan Daerah Timur Laut, termasuk kilang-kilang yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. – KOSMO! ONLINE
The post Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.