Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian44General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar34World : Egypt's Al-Sissi Says He Will Not Rule Beyond 203034KBS teliti pendekatan tuan rumah Aichi-Nagoya sedia kemudahan mesra OKU
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pampasan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:00 MYTLatest activity 18 Oct, 16:00BMconfidence 60%

What happened

BAU rumput kering bercampur najis kambing menusuk hidung Syadad. Walaupun bau itu meloyakan, ia tidak sebanding dengan rasa loya yang terbit dari hatinya setiap kali dia melihat tiga orang adiknya, Afiya, Jalil, dan Zairi tersenyum puas di kawasan tanah itu. Tanah yang, pada fikirannya, adalah hak miliknya. (Utusan Malaysia, 16:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·6 min read

Pampasan

By WAN MARZUKI WAN RAMLI · 18 Oct, 16:00 MYT

BAU rumput kering bercampur najis kambing menusuk hidung Syadad. Walaupun bau itu meloyakan, ia tidak sebanding dengan rasa loya yang terbit dari hatinya setiap kali dia melihat tiga orang adiknya, Afiya, Jalil, dan Zairi tersenyum puas di kawasan tanah itu. Tanah yang, pada fikirannya, adalah hak miliknya.

“Kamu ingat aku ini buta? pekak?”

Syadad berdiri di tepi pagar dawai yang baru dipasang, memeluk tubuhnya yang besar, membiarkan bayangnya melindungi Afiya yang sedang menimbang makanan tambahan kambing.

Afiya menghela nafas panjang. Sudah seminggu Syadad datang dan membuat kecoh.

Sejak projek ternakan kambing Boer mereka, Qurban Rezeki, mula menampakkan hasil, Syadad semakin menjadi-jadi.

“Abang, please,” Afiya memohon perlahan.

“Kami janji, untung pertama projek ini kami masukkan dalam akaun abang. Itu pun kalau abang sudi terima. Kami cuma nak berniaga bang. Di tanah pusaka arwah abah kita.”

“Pusaka kepala hotak kau!” Syadad meninggikan suara.

Beberapa ekor kambing tersentak.

“Arwah abah sudah wasiatkan tanah ini atas nama aku!. Aku anak sulung! Wasiat lisan itu sudah cukup! Kamu semua tak ada hak hendak jadikan tanah ini kandang haiwan!

“Aku hendak pampasan! Lima ratus ribu ringgit. Lepas itu, kalau kamu semua hendak buat projek kambing ke, kerbau ke, itu kau orang punya pasal!”

Jalil, yang baru selesai mencuci baldi, mendekat. Dia cuba bersikap rasional.

“Abang, jangan nak mengada-ngada. Kalau jual tanah ni sekarang, paling tinggi pun dapat dua ratus ribu. Mana datang angka setengah juta itu?

“Kalau bapa sudah wasiatkan pada abang, tunjukkan suratnya. Kami sudah semak dengan peguam. Tiada dokumen yang menunjukkan tanah ini diwasiatkan mutlak kepada sesiapa.”

Syadad tersengih sinis.

“Peguam mana yang kamu upah? Peguam cap ayam? Aku tak kira! Aku hendak bahagian aku! Kalau tak, aku akan lapor pada Pejabat Kesihatan, Pejabat Veterinar.

“Aku cakap kamu semua tak ada lesen. Kambing kamu sakit, kamu sudah cemar air perigi. Biar projek Qurban Rezeki kamu semua ini jadi Qurban wang ringgit!”

Ugutan Syadad bukan mainan. Dia tahu semua selok-belok birokrasi, dan dia sanggup menggunakan pengetahuan itu untuk menyakiti adik-beradiknya sendiri.

Zairi, yang selama ini hanya memerhati, akhirnya mencelah. Matanya merah, bukan kerana marah, tetapi sedih.

“Abang tak penat ke? Mak baru saja pergi. Mak selalu pesan, tak ada apa yang lebih penting daripada persaudaraan.

“Kami buat projek ni pun sebab nak sibukkan diri, nak kurangkan rindu pada arwah mak. Abang pun salah seorang daripada kami. Kenapa abang nak musnahkan kami?”

“Sebab ini hak aku!” bentak Syadad, lalu memusingkan badan dan menuju ke keretanya.

Sebelum masuk, dia sempat mengunci pagar utama dengan rantai besi yang dibawanya.

“Selagi kau orang tak bayar, tanah ini tak ke mana!”

Setiap hari adalah mimpi ngeri. Projek Qurban Rezeki hampir terbatal.

Mereka tidak dapat membawa masuk bekalan rumput, pembeli kambing pun tidak dapat datang.

Syadad sentiasa mengintai ke sana-sini, dia melepaskan keluhan berat.

Afiya, Jalil, dan Zairi akhirnya bertemu semula di ruang tamu rumah pusaka mereka yang sunyi, selepas kematian ibu mereka setahun lalu.

“Kita dah tak boleh biarkan abang buat macam ini,” kata Afiya, menumbuk bantal sofa.

“Ini bukan soal duit lagi, ini soal maruah dan keamanan jiwa. Kita perlu cari penyelesaian muktamad.”

Jalil mengangguk.

“Kita hadap dia di pejabat tanah. Kita keluarkan geran hakmilik yang sah.

“Kita bayar peguam untuk urusan pecah sempadan. Biar dia tuntut hak dia secara rasmi. Aku yakin, dakwaan wasiat lisan dia tu takkan laku.”

Zairi setuju.

“Bila-bila masa dia buat gila dan lepaskan kambing-kambing tu, semua modal kita hangus. Kita tak ada pilihan. Kita jumpa abang, bawa dia ke Pejabat Tanah esok.”

Mereka memberanikan diri.

Syadad pada mulanya menolak, tetapi apabila Afiya mengugut untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah dengan segera, Syadad setuju.

Dia yakin, di hadapan undang-undang pun, dia akan menang.

Dia sudah mengira-ngira, dengan wang setengah juta itu, dia boleh melangsaikan semua hutang perniagaannya yang sedang merosot.

Pagi itu, Pejabat Tanah Daerah terasa dingin. Syadad, Jalil, Afiya, dan Zairi duduk di hadapan Puan Salmah, seorang peguam keluarga yang dipercayai.

Puan Salmah meletakkan geran muktamad Lot 1012, Kampung Semarak, di atas meja.

“Baiklah, saya sudah semak dengan Jabatan Pendaftaran Tanah dan Arkib. Ini adalah salinan Geran Hakmilik yang paling mutakhir.

“Perkara ini lebih rumit daripada yang kamu sangka,” Puan Salmah memulakan bicara.

Syadad tersenyum yakin.

“Apa yang rumit, Puan? Tanah ni milik bapa saya. Dan dia dah wasiatkan pada saya secara lisan, anak sulung.”

Puan Salmah memandang Syadad, menggelengkan kepala perlahan.

“Encik Syadad, sila lihat di bahagian senarai pemegang hakmilik. Geran ini bukan atas nama bapa kamu seorang, arwah Haji Idris bin Ismail.”

Jalil, Afiya, dan Zairi mencondongkan badan. Syadad, dengan kening berkerut, turut menghampiri.

Puan Salmah menuding ke satu bahagian.

“Lot 1012 ini pada asalnya adalah tanah pusaka arwah datuk kamu. Ia telah melalui beberapa proses pembahagian harta.

“Di sini jelas tercatat, arwah bapa kamu, Haji Idris, hanyalah salah seorang dari 12 penama yang sah.”

Suasana sejuk di pejabat itu tiba-tiba terasa bahang.

“Dua belas?” Syadad berbisik, tidak percaya.

“Ya. Bapa kamu hanya mewarisi satu per dua belas (1/12) bahagian dari keseluruhan lot.

“Penama lain termasuklah adik-beradik arwah bapa kamu yang masih hidup, beberapa orang sepupu yang telah meninggal, dan waris-waris mereka.

“Secara teknikal, tanah ini adalah milik bersama yang perlu mendapat persetujuan dari kesemua 12 penama untuk apa-apa transaksi besar, seperti jualan atau pajakan jangka panjang.”

Puan Salmah menyambung.

“Jadi, hak kamu berempat hanyalah seperempat daripada satu per duabelas 1/4 dari 1/12 bahagian itu. Secara matematik, bahagian kamu berempat adalah sangat kecil.”

Rasional Syadad serta-merta hancur berkecai.

Angka setengah juta ringgit yang dia tuntut kini terasa seperti gurauan bodoh.

Dia telah mengugut adik-adiknya, mengancam projek mereka, dan memecah-belahkan keluarga, hanya kerana dia salah faham, dan lebih teruk lagi, menipu tentang wasiat.

Dia menuntut pampasan penuh ke atas tanah yang dia hanya berhak menuntut secebis kecil sahaja.

Afiya, Jalil, dan Zairi kelihatan terkejut, namun ada rasa lega yang terpancar di mata mereka.

Projek ternakan mereka tidak perlu dijual, dan mereka tidak perlu membayar pampasan yang melampau kepada Syadad.

Syadad tidak berkata apa-apa. Wajahnya yang tegang tiba-tiba menjadi pucat lesi.

Dia merasakan dirinya seolah-olah ditelanjangkan di khalayak ramai.

Semua ugutan, semua kata-kata kesat, semua tamak haloba yang dia tunjukkan selama ini, kini terngiang-ngiang kembali di telinganya.

Malu. Malu yang amat sangat.

Dia memandang wajah Jalil, yang hanya membalas dengan pandangan kosong. Dia memandang wajah Afiya, yang kini kelihatan kasihan.

Dia tahu, dia telah merosakkan hubungan yang cuba dipertahankan oleh arwah ibu mereka.

Tanpa sepatah kata, Syadad bangkit dari kerusi.

Dia menolak kerusi itu sedikit kuat, cukup untuk menarik perhatian semua. Dia tidak menoleh. Dia tidak meminta maaf. Dia tidak mampu.

Syadad berjalan pantas keluar dari bilik peguam, meninggalkan tiga adiknya dan helaian geran yang mendedahkan kebodohannya.

Dia terus ke keretanya, memecut keluar dari pekarangan Pejabat Tanah tanpa destinasi.

Rasa malu yang menghimpit itu terlalu berat untuk ditanggung.

Di rumah pusaka itu, Afiya, Jalil, dan Zairi hanya duduk diam.

Kambing-kambing di reban berbunyi perlahan, seolah-olah meraikan kedamaian yang baru ditemui.

“Abang nak pergi mana tu?,” kata Zairi perlahan.

“Biarlah dia,” balas Afiya, mengesat air mata.

“Bukan kerana gagal dapat duit, tapi kerana dia sedar betapa jahatnya dia pada kita, hanya untuk hak yang dia tak pernah miliki sepenuhnya.”

Syadad tidak pulang. Dia membiarkan telefon bimbitnya mati.

Dia menghilangkan diri daripada pandangan semua orang.

Tuntutan pampasan yang dia laungkan berulang kali, kini menjadi hukuman untuk dirinya sendiri.

Pampasan terhadap jiwa dan maruah yang telah dia hancurkan sendiri.

Adik-adik Syadad akhirnya membuat keputusan. Mereka akan meneruskan projek Qurban Rezeki.

Dan mereka akan terus mencari Syadad, bukan untuk menghukum, tetapi untuk mengajaknya pulang, ke tanah pusaka yang bukan milik sesiapa secara mutlak, tetapi milik mereka semua, dan milik ingatan arwah ibu bapa mereka.

Mereka sedar, tanah itu adalah milik bersama, dan yang lebih penting, keluarga juga harus menjadi milik bersama.

Hanya pampasan dalam bentuk kemaafan yang dapat me­nyem­buhkan luka mereka semua.- UTUSAN

The post Pampasan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 16:29 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 16:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    16:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pampasan
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.