Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia46Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pampasan dapat bela nasib keluarga

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 11:34 MYTLatest activity 11 Oct, 11:34BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pampasan tidak akan menebus derita rindu keluarga mangsa, tetapi boleh jadi pengajaran penting untuk mereka yang tidak bertanggungjawab memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengorbankan nyawa insan lain. (Berita Harian, 11:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Pampasan dapat bela nasib keluarga

By Ilah Hafiz Aziz · 11 Oct, 11:34 MYT

KUALA LUMPUR: Pampasan tidak akan menebus derita rindu keluarga mangsa, tetapi boleh jadi pengajaran penting untuk mereka yang tidak bertanggungjawab memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengorbankan nyawa insan lain.

Bagi keluarga Allahyarham Darna Tajuddin, 41, mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk pada Ogos tahun lalu, pengumuman dalam Belanjawan 2027 kelmarin dilihat sebagai pembelaan kepada insan tidak berdosa dan pembalasan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan jika terbabit nahas maut.

Adik Allahyarham, Yusni, 40, mengakui pampasan tidak akan dapat menghidupkan semula mangsa yang terkorban, namun dapat membela nasib keluarga yang ditinggalkan.

Katanya, Allahyarham kakaknya meninggal selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau akibat dirempuh pikap dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Akibat kejadian berkenaan, Yusni berkata, lima anak Allahyarham kehilangan kasih sayang seorang ibu serta-merta.

"Sekalipun terima pampasan, ia tidak dapat kembalikan nyawa seorang kakak, seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak. Anak-anak kehilangan kasih sayang sejati seorang ibu, sakitnya hanya tuhan yang tahu.

"Pampasan tidak akan melegakan sedikit pun rasa dialami kami dan keluarga mangsa yang lain, tetapi ia mungkin jadi pengajaran paling kritikal untuk tidak memandu dalam keadaan mabuk.

"Ia boleh jadi amaran untuk 'kaki minum' yang rasa mereka boleh buat apa sahaja dalam hidup ini," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kejadian 10 Ogos tahun lalu ketika Darna bersama beberapa rakan sedang berjoging dari Bandar Sri Indah menuju T2 Jalan Apas apabila dirempuh pikap Toyota Hilux dipandu lelaki dipercayai mabuk, sekitar jam 9.55 malam.

Disahkan 'mati otak'

Ibu lima anak berumur 9 hingga 18 tahun yang kini dijaga nenek mereka, disahkan mengalami 'mati otak' dan selepas tujuh hari bertarung nyawa di ICU Hospital Tawau, Darna menghembuskan nafas terakhir.

Yusni yang juga kerani dari Tawau berkata, mereka semua tidak pernah menyalahkan takdir, tetapi pengumuman Perdana Menteri kelmarin seolah-olah memberi harapan untuk semua rakyat Malaysia.

"Hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk perlu, seiring pemberian pampasan kepada waris bagi memastikan keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

"Ini kerana tragedi sebegini boleh dielakkan sekiranya semua bertanggungjawab dan beringat. Kita tak halang anda 'minum', tetapi kenapa masih mahu memandu. Sangat tidak adil sekiranya kehilangan yang berat ini kami terpaksa tanggung," katanya.

Katanya lagi, selain pampasan, hukuman yang lebih berat dan adil juga perlu untuk memberi pengajaran dan mengelakkan kejadian sama berulang.

"Pampasan itu satu perkara, tetapi hukuman tegas juga amat penting kerana kita tidak mahu mereka terlepas begitu sahaja selepas bayar pampasan, sekali gus memanipulasikan undang-undang," katanya.

Lagi berita berkaitan:

Pindaan akta iktibar agar lebih berhati-hati

Akta Pengangkutan Jalan dipinda, wajibkan pemandu mabuk bayar pampasan - PM

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan wajibkan pemandu mabuk bayar pampasan kepada mangsa - KP JPJ

INFO

KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK, KHAYAL DADAH

● 8 Oktober 2026 - Pemandu e-panggilan dituduh memandu bawah pengaruh syabu sebabkan kematian penuntut Maldives pada 4 Oktober di LDP, berhampiran Plaza Tol PJS, Subang Jaya.

● 2 Oktober 2026 - Lelaki 35 tahun maut Perodua Myvi dinaiki bersama isteri, anak perempuan 5 tahun bertembung lori dipandu lelaki disyaki mabuk di Jalan Lukut–Sepang, Port Dickson.

● 26 Julai 2026 - Dua remaja perempuan menaiki motosikal maut nahas dengan sebuah kereta dipandu lelaki positif benzodiazepine hasil saringan awal urin di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.

● 2 Mei 2026 - Suami isteri usia 61 dan 56 tahun maut motosikal dirempuh dari belakang oleh Toyota Vios dipandu lelaki disyaki bawah pengaruh alkohol di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

● 23 April 2026 - Warga Bangladesh maut kereta e-hailing Perodua Alza dinaikinya bertembung Ford Fiesta dipandu lelaki pegawai tentera disyaki mabuk yang terbabas di Lebuhraya MEX, Kuala Lumpur.

● 29 Mac 2026 - Penghantar barang sambilan, Amirul Hafiz Omar, 33, maut motosikal dirempuh Honda City dipandu lelaki positif dadah, alkohol masuk laluan bertentangan di Jalan Raya Barat, Klang.

● 4 Januari 2026 - Wanita 67 tahun maut dilanggar SUV dipandu lelaki disyaki mabuk ketika mangsa melintas Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:0013:00
Latest 13:39 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 11:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pampasan dapat bela nasib keluarga
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pampasan dapat bela nasib keluarga · Malaysian Attention Engine