Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 1 h ago

Parlimen: 13 daripada 17 syor RCI TH sudah dilaksana

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 06:20 MYTLatest activity 9 Oct, 07:53BMconfidence 84%

What happened

Baki empat syor masih dalam tindakan melibatkan pindaan Akta Tabung Haji 1995 serta skop pengawasan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (Astro Awani (BM), 06:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

13 daripada 17 syor RCI TH sudah dilaksana

By BERNAMA · 9 Oct, 07:53 MYT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 daripada 17 syor penambahbaikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah tanggungjawab institusi berkenaan telah dilaksanakan setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata baki empat syor masih dalam tindakan melibatkan pindaan Akta Tabung Haji 1995 serta skop pengawasan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Beliau berkata secara keseluruhan, RCI mengemukakan 25 syor dengan lapan lagi membabitkan pelaksanaan oleh pihak lain.

Menerusi dapatan siasatan, Zulkifli berkata RCI mendapati Ketua Audit Negara (KAN) tidak bertegas dalam proses pengauditan dan berpandangan Penyata Kewangan TH bagi 2014 hingga 2017 tidak wajar diberikan Sijil Audit Bersih.

"Walaupun Penyata Kewangan TH bagi 2014-2017 telah diberikan Sijil Audit Bersih bagi tahun 2017, KAN telah memasukkan 'Penegasan Perkara' atau 'Emphasis of Matter'. RCI berpandangan isu yang dibangkitkan adalah lebih serius dan sepatutnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan serta membawa kepada pendapat audit yang berteguran.

"RCI juga berpendapat bahawa sekiranya piawaian pelaporan kewangan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) digunakan sepenuhnya, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih kira-kira RM1.4 bilion bagi 2017, berbanding keuntungan bersih RM3.4 bilion yang dilaporkan ketika itu," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Panglima Madius Tangau (GRS-Tuaran) mengenai dapatan RCI TH, status pelaksanaan 25 syor serta tarikh laporan penuh dan matriks tindakan dibentangkan kepada Parlimen.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diputuskan dengan perintah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah bagi tempoh 2010 hingga Julai lepas.

Beliau berkata dapatan itu diperoleh berdasarkan rekod semakan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) membabitkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara.

Azalina menjelaskan perintah DNAA tidak membawa maksud seseorang itu bebas sepenuhnya daripada pertuduhan kerana kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa seperti kes sivil.

"Seseorang yang diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan yang sama sekiranya pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes," katanya.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai jumlah kes pertuduhan jenayah membabitkan ahli politik yang menerima DNAA dari 2010 hingga Julai 2026. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow08:00
Latest 08:48 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 06:20 MYT
Origin confidence 90% · 94 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    06:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

13 daripada 17 syor RCI TH sudah dilaksana
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
13 daripada 17 syor RCI TH sudah dilaksana
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.