Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 8 h ago

Bentang laporan RCI Tabung Haji demi bersihkan institusi, bela maruah umat Islam - Amirudin

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 00:12 MYTLatest activity 9 Oct, 00:12BMconfidence 60%

What happened

MELAKA: Pembentangan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji di Parlimen bertujuan membersihkan institusi itu daripada salah laku dan menuntut keadilan demi maruah umat Islam di Malaysia. (Astro Awani (BM), 00:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·1 min read

Bentang laporan RCI Tabung Haji demi bersihkan institusi, bela maruah umat Islam - Amirudin

9 Oct, 00:12 MYT

MELAKA: Pembentangan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji di Parlimen bertujuan membersihkan institusi itu daripada salah laku dan menuntut keadilan demi maruah umat Islam di Malaysia.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan membongkar penyelewengan berkenaan bukan bermaksud memalukan institusi pengurusan haji berkenaan seperti didakwa oleh segelintir pihak sebaliknya memastikan amanah penyimpan terpelihara.

"Sebab itu kita minta benda ini dibentangkan, kita minta benda ini dibicarakan, kita minta benda ini dibawa ke pengadilan," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Skandal Tabung Haji: Siapa Khianat Orang Melayu Islam? di Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Baru di sini malam Khamis.

Naib Presiden PKR itu turut mengingatkan rakyat supaya memilih barisan kepimpinan yang telus dan tidak memperalat isu perkauman semata-mata demi kelangsungan kuasa politik.

Menteri Besar Selangor itu berkata amalan politik sempit yang memanipulasi kebimbangan rakyat kini semakin ditolak oleh masyarakat yang mahukan tatakelola bersih dan integriti.

"Sebab itu pada waktu ini, ada gabungan-gabungan (politik) baharu sebab (mereka) tahu rakyat telah menolak politik kaum ini, ingin bangunkan Melayu, bangsa dengan maruah serta menolak mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Politik-politik ketakutan yang selama ini menjadi mainan politik sebahagian orang sudah tidak laku dan mereka sudah tidak layak untuk memimpin negara pada hari ini dan pada masa depan," katanya.

-- BERNAMA

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 15NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 00:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    00:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.