Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewConfirmedupdated 2 h ago

Parlimen perlu tubuhkan pasukan penggubal RUU sendiri - Wan Saiful

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:21 MYTLatest activity 19 Oct, 16:33BMconfidence 80%

What happened

Parlimen perlu tubuhkan pasukan penggubal RUU sendiri - Wan Saiful (Harian Metro, 16:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Parlimen perlu tubuhkan pasukan penggubal RUU sendiri - Wan Saiful

By Nuratikah Athilya Hassan · 19 Oct, 16:21 MYT

nuratikah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Parlimen perlu segera menubuhkan pasukan penggubal undang-undang sendiri bagi memastikan Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan mengambil kira pandangan wakil rakyat dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu penting susulan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

"Proses penyediaan draf RUU ketika ini banyak bergantung kepada agensi kerajaan, sedangkan beberapa RUU sudah dirujuk kepada jawatankuasa pilihan untuk diteliti, ditambah baik dan disunting semula.

"Draf RUU yang disediakan agensi mungkin perlu dipinda selepas diteliti jawatankuasa pilihan. Sebab itulah, pada pandangan saya, kita memerlukan pasukan penggubal undang-undang sendiri di Parlimen dan tidak bergantung kepada agensi semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau membangkitkan perbezaan pandangan antara kerajaan, wakil rakyat, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan agensi kerajaan dalam proses penggubalan RUU Kebebasan Maklumat.

"Apabila agensi diminta menyediakan draf, draf yang dihasilkan seolah-olah mengetepikan pandangan yang disuarakan CSO, malah wakil rakyat sendiri. Kerajaan juga mempunyai versi yang berbeza.

"Saya tidak mahu mengatakan seolah-olah wujud 'deep state' yang beroperasi dalam kerajaan kita.

"Namun, situasi sebegini menuntut supaya pembentukan pasukan penggubal undang-undang di Parlimen sendiri disegerakan bagi membolehkan RUU digubal berdasarkan keputusan dan pandangan kita semua selaku wakil rakyat negara ini," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow17:00
Latest 17:11 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 16:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.