
Pastikan tarif adil, tenaga hijau dinikmati rakyat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pastikan tarif adil, tenaga hijau dinikmati rakyat (Google News Malaysia (BM), 08:00)
Read the reporting
1 report
Pastikan tarif adil, tenaga hijau dinikmati rakyat
KETIKA Malaysia kian rancak menarik pelaburan berteknologi tinggi, khususnya pusat data yang memerlukan bekalan elektrik berskala besar, timbul persoalan penting mengenai siapa sebenarnya perlu menanggung kos pembangunan dan penyediaan tenaga negara. Apakah wajar rakyat menggunakan elektrik untuk keperluan asas kehidupan turut menanggung kos tambahan akibat peningkatan permintaan industri, sedangkan manfaat ekonomi pelaburan itu tidak semestinya dinikmati semua isi rumah?
Justeru, cadangan kerajaan memperkenalkan konsep bayar mengikut penggunaan (user pay) yang sedang diteliti bagi pelaksanaan tahun depan wajar disambut baik, terutama memastikan agihan kos lebih adil dan melindungi pengguna domestik. Timbalan Perdana Menteri II yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan Suruhanjaya Tenaga (ST) ditugaskan mengkaji pendekatan berkenaan, termasuk menetapkan kadar tarif berbeza mengikut corak penggunaan.
Hakikatnya, reformasi tarif tidak hanya mengimbangi kos penjanaan dan pengagihan elektrik, malah menyentuh keadilan sosial serta daya tahan ekonomi negara. Apatah lagi, ketidaktentuan harga bahan api global, gangguan bekalan tenaga dan peningkatan permintaan industri berpotensi terus memberikan tekanan kepada kos elektrik.
Kita mengakui kepentingan pusat data dalam memperkukuh ekonomi digital, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, tetapi kepentingan industri tidak boleh menenggelamkan kebajikan rakyat. Malah, perkembangan pesat sektor itu perlu diurus supaya tidak menjejaskan kestabilan bekalan kepada isi rumah dan industri tempatan lain.
Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mendedahkan 57 pusat data beroperasi menggunakan kapasiti elektrik 6,230 megawatt (MW), manakala 60 lagi dalam pembangunan atau sudah diluluskan memerlukan 11,172 MW. Ketegasan kerajaan supaya pelabur menanggung kos menaik taraf infrastruktur penghantaran elektrik adalah tepat, tetapi pelaksanaannya mesti dipantau bagi mengelakkan kos terbabit akhirnya dipindahkan kepada pengguna domestik.
Dalam hal ini, ST perlu memastikan mekanisme tarif baharu mencerminkan kos penggunaan, bukannya membuka ruang subsidi silang merugikan rakyat. Perlindungan juga mesti mengambil kira keluarga besar dan isi rumah berkeperluan khas supaya penggunaan tinggi tidak dianggap pembaziran. Namun, keadilan tarif sahaja tidak cukup sekiranya kita tidak mempercepatkan peralihan kepada penggunaan tenaga lestari dalam kalangan rakyat. Kerajaan perlu menggalakkan perubahan melalui insentif menarik, pembiayaan mudah dan kempen pendidikan yang memperlihatkan manfaat penjimatan kepada pengguna.
Dalam konteks ini, Malaysia boleh meneliti pendekatan India yang memberikan subsidi langsung bagi pemasangan solar bumbung dan Australia yang turut menawarkan insentif bateri penyimpanan tenaga. Meskipun kerajaan sudah memperkenalkan rebat sehingga RM3,000 melalui SuRIA Home dan kemudahan kredit bil menerusi Solar ATAP, insentif itu wajar diperkukuh melalui subsidi lebih bersasar, pembiayaan mudah dan sokongan teknologi penyimpanan supaya manfaat tenaga bersih tidak hanya dinikmati golongan berkemampuan. Kita mahu kerajaan memastikan reformasi tarif bukan sekadar kaedah mengagihkan kos bekalan elektrik, sebaliknya menjadi pemangkin kepada sistem tenaga lebih adil, cekap dan lestari. Matlamatnya bukan hanya melindungi rakyat daripada beban kos hari ini, malah memastikan keselamatan dan kemampanan bekalan tenaga untuk generasi akan datang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.