Malaysian Attention Engine
Live wire
57Pegawai kerajaan maut ditikam suami47Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati47World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School46Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq43Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Januari 2027 tarikh keputusan41FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pelakon rugi RM30,000 ditipu lelaki tawar rumah murah konon kuota kerabat diraja

Only social or community posts, or a single source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 09:10 MYTLatest activity 16 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

Pelakon rugi RM30,000 ditipu lelaki tawar rumah murah konon kuota kerabat diraja (Harian Metro, 09:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pelakon rugi RM30,000 ditipu lelaki tawar rumah murah konon kuota kerabat diraja

By Muhaamad Hafis Nawawi dan Muhammad Saufi Hassan · 16 Oct, 09:10 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dakwa dia kenalan rapat dengan kerabat diraja dan sering menunjukkan bergambar bersama.

Itu taktik seorang lelaki yang didakwa memperdaya lebih 50 orang kononnya menjadi wakil menawarkan penjualan rumah murah menggunakan kuota kerabat diraja dan menjual kereta milik kerabat terbabit menyebabkan kerugian dianggarkan lebih jutaan ringgit.

Salah seorang mangsa yang juga pelakon Dwan Hamid, 34, atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shahul Hamid berkata, dia mula mengenali individu terbabit sejak 2023 di mana lelaki itu mendakwa kenalan rapat kepada juruiring (ADC) kerabat terbabit.

Menurutnya, dia pada mulanya mempercayainya kerana lelaki itu selalu menunjukkan gambar bersama kerabat Diraja Selangor dan ADC.

"Saya kerugian RM30,000 selepas mempercayai tawaran pembelian rumah pada harga murah oleh lelaki itu yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerabat Diraja Selangor.

"Individu terbabit dikenali melalui seorang kenalan sebelum menawarkan rumah di Setapak, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada harga RM115,000 seunit.

"Lelaki itu mendakwa terdapat kuota khas sebanyak 20 hingga 30 unit rumah yang dikaitkan dengan kerabat diraja dengan pembeli perlu membayar deposit RM15,000 bagi setiap unit," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dwan Hamid berkata, dia kemudian mengambil dua unit rumah dan membuat bayaran deposit RM30,000 ke akaun individu terbabit.

"Pada mulanya, saya turut berasa curiga, tetapi apabila dia menunjukkan gambar bersama individu yang dikatakan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja, saya percaya tawaran itu benar.

"Bagaimanapun, selepas menunggu lama tanpa perkembangan mengenai rumah berkenaan, saya meminta wang dikembalikan, namun permintaan tidak dilayan," katanya.

Katanya, dia kemudian mendakwa mengetahui beberapa individu lain turut mengalami nasib sama, termasuk sepupunya yang mengalami kerugian kira-kira RM100,000.

"Saya mula mendedahkan perkara itu di media sosial sebelum lebih ramai individu tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

"Selepas saya tularkan gambar individu itu, barulah ramai mula tampil dan menceritakan mereka turut menjadi mangsa.

"Ada yang takut untuk bersuara kerana mendengar nama kerabat diraja dikaitkan dengan perkara ini, malah ada yang mendakwa menerima ugutan," katanya.

Menurut Dwan Hamid, lebih 50 individu dipercayai terjejas berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dalam kumpulan WhatsApp yang diwujudkannya bersama seorang lagi individu.

"Jumlah kerugian mangsa berbeza-beza, daripada kira-kira RM13,000 hingga RM7 juta.

"Mangsa lain ada yang tinggal Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Perak, manakala sebahagian mereka sudah membuat laporan polis," katanya.

Dia turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebelum kes dirujuk ke IPD Wangsa Maju semalam dan mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan penggunaan nama kerabat diraja bagi meyakinkan mangsa.

"Saya mahu tahu sama ada individu itu benar-benar mempunyai hubungan dengan kerabat atau menggunakan nama kerabat diraja untuk memperdaya orang ramai.

"Saya cuma mahu mendapatkan semula wang saya dan memastikan perkara ini tidak berterusan sehingga lebih ramai menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman mengesahkan menerima laporan itu.

"Polis mengesahkan menerima laporan dan sudah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 09:43 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.