Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00044Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35Sport : Golden Tigers Net RM160,000 Windfall For Asian Games Triumph34Trump administration plans to move AI testing agency officials to White House, The Information reports
NewConfirmedupdated 1 h ago

Pemandu bas mahu mekanisme agihan bantuan RM1,000 diperjelas

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 08:20 MYTLatest activity 13 Oct, 08:20BMconfidence 55%

What happened

ALOR SETAR – Mekanisme pengagihan bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara perlu diperjelaskan bagi memastikan bantuan itu disalurkan secara telus dan tidak menyebabkan golongan berkenaan tercicir.Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, penjelasan itu penting memandangkan bantuan berkenaan dijadualkan mula diagihkan pada Rabu, namun kaedah untuk mendapatkannya masih belum dimaklumkan secara rasmi.Menurutnya, antara perkara yang perlu diperjelaskan termasuk sama ada pemandu bas perlu hadir sendiri ke Ke (Sinar Harian, 08:20)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pemandu bas mahu mekanisme agihan bantuan RM1,000 diperjelas

By SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA · 13 Oct, 08:20 MYT

ALOR SETAR – Mekanisme pengagihan bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara perlu diperjelaskan bagi memastikan bantuan itu disalurkan secara telus dan tidak menyebabkan golongan berkenaan tercicir.Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, penjelasan itu penting memandangkan bantuan berkenaan dijadualkan mula diagihkan pada Rabu, namun kaedah untuk mendapatkannya masih belum dimaklumkan secara rasmi.Menurutnya, antara perkara yang perlu diperjelaskan termasuk sama ada pemandu bas perlu hadir sendiri ke Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya untuk mendapatkan bantuan itu atau terdapat kaedah pengagihan lain."Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan ini, bagaimanapun, kita masih tertanya-tanya bagaimana kaedah pengagihannya kerana setakat ini belum ada maklum balas rasmi."Kita tidak mahu nanti pemandu bas sekolah dikatakan tidak datang mengambil bantuan, sedangkan mereka perlu bekerja pada hari persekolahan," katanya.Amali berkata, pihaknya menerima pertanyaan daripada pemandu bas sekolah di beberapa negeri berhubung kaedah mendapatkan bantuan berkenaan, termasuk persoalan yang dibangkitkan menerusi media sosial.Justeru, beliau berharap kerajaan dapat mengumumkan mekanisme pengagihan yang jelas bagi memudahkan pemandu membuat persediaan serta memastikan tiada penerima yang layak terlepas daripada menerima bantuan tersebut.Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan sama ada bantuan berkenaan akan disalurkan terus kepada pemandu atau melalui pemilik permit bas sekolah.Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan masalah keciciran seperti yang didakwa berlaku ketika penyaluran bantuan kepada pengusaha bas sekolah pada tahun 2020."Jadi kita tak naklah pemandu ada yang tercicir contohnya pada tahun 2020 ketika bantuan semasa Covid diagihkan, hanya syarikat pemilik bas sekolah yang berdaftar dengan SSM sahaja, pemandu bas sekolah milik Pertubuhan Anak Yatim atau Koperasi Felda tak dapat, jadi kena jelaskan macam mana cara dia nak agihkan?," soalnya.Dalam pada itu, Amali berkata, berdasarkan statistik Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sebanyak 10,764 permit kenderaan aktif di bawah kelas lesen bas sekolah direkodkan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2019 hingga 2026.Manakala, katanya, Sabah dan Sarawak masing-masing merekodkan kira-kira 1,000 permit bas sekolah setakat ini.

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45NEWnow09:00
Latest 09:19 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Sinar Harian (News)
13 Oct, 08:20 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    08:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.