Malaysian Attention Engine
Live wire
86General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing70Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara67Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat65Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00057Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewConfirmedupdated 2 h ago

Pemandu lori, dua warga India didenda RM7,000 curi cip RM2 juta

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:19 MYTLatest activity 9 Oct, 14:21BMconfidence 86%

What happened

BALIK PULAU: Pemandu lori dan dua warga India yang bekerja sebagai tukang masak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 30,000 unit cip bernilai RM2 juta dari sebuah kilang di Bayan Lepas, bulan lalu. (Berita Harian, 12:19)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Pemandu lori, dua warga India didenda RM7,000 curi cip RM2 juta

By Siti Aminah Mohd Yusof · 9 Oct, 12:19 MYT

BALIK PULAU: Pemandu lori dan dua warga India yang bekerja sebagai tukang masak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 30,000 unit cip bernilai RM2 juta dari sebuah kilang di Bayan Lepas, bulan lalu.

Tertuduh, B Rashkumar, 35, G Ilayaraja, 24, dan V Sivakumar, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dipenjara selama setahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga mereka mengaku bersama-sama mencuri 30,000 unit cip bersepadu di kilang Elite Electronic Product Services (M) Sdn Bhd, 88E Persiaran Bayan Lepas pada jam 7.30 pagi, 20 September lalu.

Semua tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengurus kilang selaku pengadu melakukan pemeriksaan di stor kilang itu mendapati sebanyak 30,000 unit cip bersepadu disyaki dicuri selain kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan telah dialihkan daripada kedudukan asal.

Pemeriksaan turut mendapati pagar dawai premis itu dipotong manakala pintu belakang stor mempunyai kesan diumpil dengan kerugian dianggarkan RM2 juta, selain kesemua barangan curi itu dijumpai semula di kedai barangan lusuh di Permatang Damar Laut, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Edric Loo.

Semasa prosiding, Muhammad Sofi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala Loo memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman denda dan memaklumkan semua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga serta telah insaf atas perbuatan itu.

Katanya, Rashkumar bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,700 sebulan telah berkawin dan mempunyai empat tanggungan manakala Ilayaraja dan

Sivakumar warga India bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1,400 perlu menyara ibu bapa di negara asal mereka.

Terdahulu, Rashkumar sempat mencelah dan merayu jumlah denda itu dikurangkan namun Huey Ting menjelaskan jumlah itu sudah dianggap paling rendah berbanding barang dicuri mereka yang bernilai RM2 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow13:0014:0015:0016:0017:00
Latest 17:08 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 12:19 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:19

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Tiga lelaki curi cip RM2 juta dihukum denda RM7,000
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate
Curi cip RM2 juta, pemandu lori, 2 warga India didenda RM7,000
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pemandu lori, dua warga India didenda RM7,000 curi cip RM2 juta · Malaysian Attention Engine