
Pemandu teksi hargai bantuan khas RM1,000
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi bukan sekadar sumbangan kewangan sebaliknya tanda penghargaan kerajaan kepada komuniti itu yang kini berdepan pelbagai komitmen kehidupan. (Utusan Malaysia, 16:14)
Read the reporting
1 report
Pemandu teksi hargai bantuan khas RM1,000
PUTRAJAYA: Bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi bukan sekadar sumbangan kewangan sebaliknya tanda penghargaan kerajaan kepada komuniti itu yang kini berdepan pelbagai komitmen kehidupan.
Seorang pemandu teksi, Siti Mariam Samsuri, 45, berkata, ia bantuan pertama diterima daripada kerajaan sejak memandu teksi secara sepenuh masa sejak lima tahun lalu.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, sumbangan itu amat bermakna kerana dapat membantu menampung keperluan keluarganya, terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan.
“Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan MADANI kerana memberi sumbangan ini. Sedikit sebanyak, bantuan ini membantu meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah sekolah di sini hari ini.
Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Katanya, wang berkenaan akan digunakan untuk keperluan keluarga, terutama anak yang masih bersekolah.
Sementara itu, M Selvadurai, 64, yang memandu teksi sejak 15 tahun lalu berkata, bantuan diterima hari ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan komuniti pemandu teksi di negara ini.
Dia yang juga pesara polis berkata, bantuan ini tepat pada masanya bagi menampung keperluan menyambut Deepavali tidak lama lagi.
“Saya amat terharu dengan bantuan ini dan sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban pemandu teksi di seluruh negara,” katanya.
Selain itu, Muhammad Assuhaimi Mohd Zain, 33, berkata, bantuan diterima hari ini sangat melegakan memandangkan dia baharu sahaja menimang cahaya mata sulung.
Katanya, dia sudah memandu teksi sejak berusia 23 tahun dan ini adalah bantuan yang paling besar diterima berbanding beberapa bantuan lain sebelum ini.
“Saya menetap di Dengkil dan kini banyak beroperasi di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Bantuan diterima ini akan digunakan bagi menyelenggara teksinya supaya lebih selesa selain membeli keperluan untuk ahli keluarga,” katanya.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri mengumumkan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan kewangan ‘one-off’ RM1,000 susulan hasil jualan siri nombor plat khas ‘H’.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumpul RM91.2 juta menerusi siri ‘H’ yang dilelong secara dalam talian bermula 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia. – UTUSAN
The post Pemandu teksi hargai bantuan khas RM1,000 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.