
Pembangkang cadang Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hospital Putrajaya dicadangkan diberi nama Hospital Dr Hasmah. (Gambar fail) KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah Ali bagi menghargai sumbangannya terhadap pembangunan kesihatan awam negara. (Free Malaysia Today, 14:43)
Read the reporting
2 reports
Pembangkang cadang Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah
Hospital Putrajaya dicadangkan diberi nama Hospital Dr Hasmah. (Gambar fail) KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah Ali bagi menghargai sumbangannya terhadap pembangunan kesihatan awam negara.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) akan merealisasikan cadangan itu jika diberi mandat memerintah negara.
“Kita boleh cadangkan. Kalau kerajaan (semasa) tak buat, lain kali kita buat,” kata Ahli Parlimen Larut ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Beliau menyokong cadangan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) supaya hospital itu dinamakan sempena isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara pada 28 Sept lalu dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Dalam perbahasan sama, Hamzah turut menggesa Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula syarat simpanan minimum RM15,000 bagi pendeposit yang ingin melayakkan diri memasuki senarai menunggu menunaikan haji.
Katanya, syarat itu boleh membebankan penduduk luar bandar yang mengumpul wang sedikit demi sedikit, selain menimbulkan kebimbangan pendeposit sedia ada terkeluar daripada senarai berkenaan.
Beliau juga mempersoalkan keberkesanan langkah kerajaan membantu TH berkaitan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
Katanya, pembangkang akan terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang bagi memastikan tindakan kerajaan dilaksanakan secara adil tanpa memilih pihak.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.