
Pembelajaran sepanjang hayat teras reformasi perkhidmatan awam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pembelajaran sepanjang hayat teras reformasi perkhidmatan awam (Berita Harian, 08:06)
Read the reporting
1 report
Pembelajaran sepanjang hayat teras reformasi perkhidmatan awam
nfazlina@bh.com.my
BACHOK: Pembelajaran sepanjang hayat menjadi asas penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus relevan, responsif dan berorientasikan rakyat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata reformasi perkhidmatan awam tidak boleh bergantung pada perubahan struktur dan prosedur semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan oleh pegawai untuk terus memperkukuh ilmu, meningkatkan kompetensi dan membudayakan nilai dalam pelaksanaan amanah kepada rakyat.
Beliau berkata, peningkatan jangkaan masyarakat dan kerumitan penyampaian perkhidmatan menuntut pegawai awam sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran.
Katanya, pembelajaran sepanjang hayat merangkumi pendidikan formal, tidak formal dan informal serta berlangsung secara berterusan tanpa batasan umur.
"Sekarang sesuatu ilmu itu mungkin tidak dapat bertahan lama dengan kepesatan pembangunan teknologi. Jika dulu, mungkin satu-satu bidang itu boleh bertahan sehingga 20 tahun, tetapi sekarang mungkin hanya boleh bertahan antara lima hingga enam tahun sahaja.
"Jawatan kita adalah amanah, ilmu kita adalah alatnya. Apabila kita berhenti belajar, kita sebenarnya sedang membiarkan perkhidmatan kepada rakyat menjadi usang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2026 bertemakan "Pembelajaran Sepanjang Hayat: Memperkasa Perkhidmatan Awam Masa Hadapan" di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini semalam.
Program julung kali dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan UMK itu menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada pegawai awam Persekutuan dan negeri, warga pendidik serta komuniti universiti.
Tajaan program tertentu
Wan Ahmad Dahlan berkata, JPA menyediakan tajaan melalui program tertentu kerana menyedari kekangan kewangan pegawai awam untuk meningkatkan kelayakan akademik, kompetensi dan profesionalisme mereka.
Katanya, program tajaan berkenaan adalah seperti program Hadiah Latihan Persekutuan, program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Swadaya dan program Penajaan Kumpulan Pelaksana.
"Selain itu, JPA juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek dalam bidang tujahan baharu seperti program kepimpinan ulung, program Pengurusan Strategik dan Pembangunan Eksekutif Kompeten (PROSPEK) serta program Kolaborasi Strategik Sangkutan Antarabangsa (KARISMA).
"Program ini bertujuan meningkatkan keupayaan pegawai agar dapat menjalankan tugas di peringkat lebih tinggi dalam bidang kepimpinan, strategi, tingkah laku organisasi dan pengurusan perubahan.
"Selain itu, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menawarkan program pengijazahan sarjana dan PhD berasaskan pengalaman yang berpatutan dan pantas melalui program APEL Q," katanya.
Pada masa sama, menerusi syarahan itu, Wan Ahmad Dahlan turut membentangkan dapatan kajiannya bertajuk 'Kedinamikan dan Reformasi Sistem Perkhidmatan Awam Malaysia: Kajian Terhadap Prinsip dan Nilai HEMAT' yang membabitkan 3,015 responden pegawai awam, 108 peserta perbincangan kumpulan berfokus serta temu bual bersama 15 informan di seluruh negara.
Katanya, kajian itu mengenal pasti tiga kekangan utama yang mempengaruhi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, iaitu isu struktural, cabaran strategik dan kelemahan sistemik.
Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan untuk mengukuhkan kapasiti pegawai serta pembudayaan nilai dalam organisasi bagi menyokong pelaksanaan reformasi, selain turut mengetengahkan Model Reformasi Perkhidmatan Awam Berasaskan Nilai-Nilai HEMAT.
"Walaupun tahap kesedaran dan amalan nilai HEMAT dalam kalangan pegawai awam didapati baik, pembudayaan dan penginstitusian nilai itu perlu terus diperkukuh dalam amalan kerja harian," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
