Malaysian Attention Engine
Live wire
41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas41Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh40Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat40Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok39Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202738General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution38General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202737Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC36Mampukah skuad remaja mendakap gelaran dunia?
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pembinaan ibu pejabat Maritim Johor perkukuh keselamatan perairan negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 07:04 MYTLatest activity 10 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

PUTRAJAYA: Pembinaan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor di Tanjung Kupang dijangka memperkukuh keupayaan penguatkuasaan dan penyelarasan operasi keselamatan maritim, khususnya di perairan Johor dan kawasan sekitarnya. (Berita Harian, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pembinaan ibu pejabat Maritim Johor perkukuh keselamatan perairan negara

By Bernama · 10 Oct, 07:04 MYT

PUTRAJAYA: Pembinaan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor di Tanjung Kupang dijangka memperkukuh keupayaan penguatkuasaan dan penyelarasan operasi keselamatan maritim, khususnya di perairan Johor dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata kemudahan baharu itu dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Beliau berkata, pelaburan berterusan dalam aset dan infrastruktur penting bagi membolehkan Maritim Malaysia menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk jenayah rentas sempadan, selain melindungi kepentingan ekonomi negara dan komuniti maritim.

"Setiap peruntukan merupakan amanah yang perlu diterjemahkan kepada hasil yang nyata untuk rakyat. Maritim Malaysia komited memastikan sumber yang diperuntukkan diurus secara cekap, telus dan berkesan bagi memperkukuh pelaksanaan tugas mengawal, melindung dan menyelamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi Belanjawan 2027, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan RM22 bilion, dengan RM7.1 bilion dikhususkan untuk pembelian dan penyelenggaraan aset angkatan tentera, polis serta badan beruniform di bawah kementerian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 turut mengumumkan pembinaan beberapa fasiliti baharu, termasuk Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor di Tanjung Kupang dan Pejabat Imigresen Keningau, Sabah.

Mohd Rosli berkata, pelaburan dalam aset dan penyelenggaraan amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan operasi agensi itu sentiasa terpelihara.

"Bagi Maritim Malaysia, keupayaan ini menyokong pelaksanaan rondaan, penguatkuasaan undang-undang serta operasi mencari dan menyelamat demi keselamatan rakyat dan kedaulatan perairan negara," katanya. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:08 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pembinaan ibu pejabat Maritim Johor perkukuh keselamatan perairan negara · Malaysian Attention Engine