
Pembukaan semula Stadium Perak mungkin lebih lewat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IPOH: Pembukaan semula Stadium Perak, di sini dijangka lebih lewat daripada tarikh sepatutnya yang sebelum ini dijadualkan kembali dibuka pada September atau bulan ini. (Berita Harian, 16:53)
Read the reporting
1 report
Pembukaan semula Stadium Perak mungkin lebih lewat
IPOH: Pembukaan semula Stadium Perak, di sini dijangka lebih lewat daripada tarikh sepatutnya yang sebelum ini dijadualkan kembali dibuka pada September atau bulan ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau tiada maklumat mengenai tarikh sebenar pembukaan stadium di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu namun difahamkan proses penyelenggaraan masih berjalan.
"Saya tak dapat bagi jawapan sebab MBI tak ada bagi, tetapi sekarang (memang) dalam proses penyelenggaraan. Cuma mengenai tempoh itu saya tak dapat lagi sebab ia sudah bertukar-tukar tempoh (sepatutnya) siap.
"Saya rasa mungkin juga tahun depan (kembali dibuka)... Namun tarikhnya yang betul saya tak dapat lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Himpunan Mahabbah Pendekar Negeri Perak di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini hari ini.
Program himpunan itu disertai kira-kira 500 pengamal silat yang berbilang lapisan umur dari pertubuhan gelanggang serta perguruan silat di serata negeri Perak.
Stadium Perak ditutup bermula hujung Oktober 2024 bagi naiktaraf yang dimulakan sejak Jun 2025 dengan sebelum ini turut dilapor berlaku sedikit kelewatan untuk proses naiktaraf itu dimulakan.
Terdahulu, ramai dalam kalangan peminat serta penyokong skuad bola sepak negeri mempertikaikan kelewatan pembukaan semula Stadium Perak apabila ia masih belum dibuka walaupun sudah memasuki pertengahan Oktober 2026.
Sebelum ini kerja naiktaraf stadium itu dilaporkan sepatutnya siap pada September 2026 dan kembali boleh digunakan pada Oktober ini, dengan ia merupakan usaha bersama membabitkan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MBI, serta kerajaan negeri Perak dengan kos keseluruhan melebihi RM1.2 juta.
Pada awal September lalu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching bagaimanapun dilapor berkata stadium itu dijangka boleh digunakan sepenuhnya termasuk bagi penganjuran perlawanan bola sepak kompetitif antara Oktober hingga November ini namun keputusan akhir tetap tertakluk kepada pengesahan teknikal oleh pihak berwajib.
Kerja naiktaraf termasuk membabitkan penukaran rumput padang di stadium berkenaan iaitu pemasangan rumput Axonopus Putra berbanding cadangan asal menggunakan rumput Zeon Zoysia, selain pengubahsuaian sistem saliran bawah tanah, dan pemasangan sistem siraman automatik jenis 'pop-up sprinkler'.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.