
Penangan Bali, buat hati tidak boleh ‘move on’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sepanjang pengalaman mengembara dan melancong ke pelbagai negara termasuk di Eropah dan Asia Pasifik, saya lebih suka mengikut pelan perancangan yang dikendalikan oleh rakan kembara yang berpengalaman. (Kosmo!, 11:38)
Read the reporting
1 report
Penangan Bali, buat hati tidak boleh ‘move on’
Sepanjang pengalaman mengembara dan melancong ke pelbagai negara termasuk di Eropah dan Asia Pasifik, saya lebih suka mengikut pelan perancangan yang dikendalikan oleh rakan kembara yang berpengalaman.
Mudah begitu memandangkan rakan kembara yang sama-sama bersusah senang sepanjang pengembaraan tersebut juga sangat sporting, malah mereka begitu teruja untuk merealisasikan pelan percutian tersebut dengan lancar sebaik tiba di lapangan terbang hinggalah kami selamat sampai di rumah masing-masing.
Tapi kini, mungkin kerana faktor umur dan anak juga semakin dewasa, penulis mula membuat perancangan sendiri untuk membuat perancangan ke Bali, Indonesia bersempena sambutan hari lahir penulis baru-baru ini.
Hampir dua bulan juga membuat perancangan dan kini makin mudah kerana segala maklumat berkaitan hotel, makanan halal, destinasi tular atau yang tersembunyi daripada mata pelancong lain semuanya ada di media sosial, apatah lagi dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang banyak membantu.
Memilih tarikh yang berdekatan dua cuti umum berhampiran, penulis mula membuat tempahan hotel dan ini juga mengambil masa agak lama kerana penulis agak cerewet tentang jenama hotel, keselesaan katil, kebersihan bilik dan juga lokasi.
Antara pilihan hati penulis ialah sebuah hotel di tepi pantai di Uluwatu, Pecatu yang terdiri daripada vila diinspirasi daripada zaman kegemilangan empayar Majapahit tetapi turut menggabungkan kemewahan moden.
Selama tujuh hari berada di Bali, penulis ditemani anak bongsu berusia 17 tahun sambil dibantu oleh sebuah ejen pelancongan berdaftar yang banyak membantu penulis mendapatkan pelbagai maklumat pelancongan dan kos mengikut program perjalanan yang kami susun.
Mereka sangat komited terhadap layanan pelanggan meskipun kami berada jauh di seberang laut tetapi pengasas syarikat, Rudi benar-benar membantu merealisasikan pelan percutian kami.
Sebaik tiba di lapangan terbang, pemandu dan juga pembantu pelancong kami yang menggunakan nama singkatan AL menyambut kami dengan mesra, malah kami sering berbincang untuk memudahkan aktiviti perjalanan dari hari pertama hingga balik ke Malaysia.
Destinasi percutian kami padat dengan kunjungan ke beberapa lokasi terkenal, antara yang menjadi kenangan sehingga ke hari ini adalah berkunjung ke Pantai Melasti untuk menonton persembahan tarian kecak yang sangat popular dalam kalangan pelancong.
Keterujaan itu dapat dilihat sejurus kami sampai di tepi pantai yang menawarkan pemandangan paling indah apabila melihat ombak besar berwarna putih dengan lautan berwarna biru terbentang luas membuatkan kami terkesima memuji ciptaan Tuhan.
Terlalu indah pemandangan ini apatah disulami dengan cuaca yang cantik. Meskipun sedikit panas menyengat muka, kami menunggu di pentas tersebut seawal pukul 5 petang untuk berada di sudut paling sesuai sementara melihat keindahan matahari terbenam yang sukar digambarkan kepada semua.
Persembahan tarian kecak ini sungguh unik, tanpa peralatan muzik tradisional, hanya bunyi-bunyian asli yang dilontarkan secara semula jadi oleh penari dengan gaya tersendiri menceritakan perihal kisah dongeng Ramayana.
Ini adalah antara ‘bucket list’ yang mula-mula penulis suarakan kepada Rudy Bali untuk dimasukkan dalam program percutian kami di sana dan ternyata, pengalaman melihat sendiri dan berkesempatan bergambar dengan beberapa penari selepas persembahan tersebut sangat mengujakan. Mereka sangat sporting sehinggakan sanggup menyanyikan sedikit tarian kecak ketika penulis bergambar dengan mereka.
Selain itu, jika sebelum ini, penulis agak skeptikal terhadap makanan di Bali yang didakwa pelancong sukar untuk mendapatkan makanan halal tetapi dengan panduan daripada ‘supir’ kami, segalanya baik belaka.
Malah, kami dapat menikmati pelbagai menu masakan nasi padang dan juga makan malam dengan hidangan makanan laut segar yang dinikmati di tepian pantai sambil melayan momen matahari terbenam di Jimbaran Bay.
Restoran di sini memberi pilihan kepada pengunjung untuk memilih menu masakan mengikut selera masing-masing dan dihidangkan di tepi pantai dengan susunan kerusi, meja mengikut tema, jika ada yang datang untuk berbulan madu, pelayan restoran akan mengaturnya menjadi lebih romantik.
Bagi pelancong yang suka menikmati ikan bakar sambil melayan pemandangan, kos untuk makan malam di situ agak mahal tetapi pengalaman bersantai sekali dalam seumur hidup dengan pemandangan yang terindah itu, tidak akan ternilai dengan wang ringgit.
Pengangkutan disediakan komuniti Desa Taro untuk membawa pelancong atau tetamu hotel untuk melawat kawasan kampung, kuil, ladang diusahakan serta pusat konservasi kelip-kelip.
Bertukar lokasi dari pusat bandar, kami mendaftar masuk pula ke sebuah hotel di Ubud yang terkenal dengan kawasan bukit bukau yang menghijau. Pastinya penginapan di Anantara Ubud Bali Resort suatu pengalaman unik yang begitu privasi, tenang, damai dan dingin.
Terletak di lereng bukit berdekatan kawasan kampung membolehkan tetamu menikmati suasana nyaman mendengar kicauan burung serta ayam jantan berkokok sayup-sayup di luar kediaman seolah berada di kampung halaman sendiri di Malaysia.
Lebih menarik, sumber makanan yang dibekalkan ke restoran resort tersebut diperoleh daripada komuniti pesawah dan pekebun seperti beras dan herba sekali gus membolehkan tetamu menikmati pelbagai minuman segar hasil rempah-ratus dan tumbuhan di situ.
Tidak perlu gusar akan makanan tidak halal kerana di dalam setiap menu tertera bahan masakan yang digunakan dan terdapatnya simbol-simbol penting untuk mengelak tetamu beragama Islam termakan makanan yang tidak halal.
Pelbagai aktiviti yang diatur untuk tetamu resort tersebut dan antara yang menarik hati saya adalah melawat sebuah kampung tertua di Ubud yang dikenali sebagai Desa Taro yang terletak berdekatan Gunung Agung.
Pihak resort ada menyediakan kemudahan pengangkutan hasil kerjasama dengan komuniti Desa Taro ini bagi memberi peluang kepada penulis untuk melihat sendiri rumah komuniti kampung berkenaan, melawat ke pura atau kuil yang mereka agungkan dan lebih menarik penulis berkesempatan melawat pusat konservasi kelip-kelip panggilan kunang-kunang di Bali.
Projek konservasi itu dibangunkan Wayan Wardika dan kini dibantu anaknya Krisna, 25, yang menjadi pemandu pelancong penulis pada hari berkenaan.
Daripada perbualan kami sambil melawat ke rumah Wayan serta anak dan menantunya, projek ini pernah dikunjungi oleh seorang pengkaji serangga tersebut dan juga sekumpulan pelancong dari sebuah universiti swasta dari Malaysia.
Lawatan setengah hari ke kampung berkenaan termasuklah melihat sendiri makmal lengkap yang menempatkan pelbagai jenis kelip-kelip daripada saiz benih hinggalah ke peringkat dewasa dipantau oleh seorang saintis biologist, Rifky Alfarez.
Kunjungan ini mendekatkan juga anak penulis untuk melihat sendiri suasana sawah padi di Ubud, tanaman dan herba yang menjadi sebahagian daripada punca pendapatan mereka selain memperoleh penceritaan sejarah kampung, budaya dan agama mereka.
Projek inisiatif ini juga memberi peluang kepada pelancong asing yang meminati kehijauan, serangga menikmati cara hidup orang kampung. Mereka akan berbasikal untuk singgah di sebuah kedai makan di kampung berkenaan.
Terdapat sebuah pondok memasak secara tradisional untuk memberi peluang kepada tetamu memasak sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, kelapa dan gula selain menikmatinya dengan minuman kopi kampung.
Di Ubud, penulis berkesempatan juga mencuba aktiviti menaiki ATV dan juga memberi satu pengalaman yang menaikkan adrenalin meneroka laluan sungai, bukit bukau, laluan berlopak dan laluan khas berair yang pastinya mengotorkan pakaian serta melalui gua yang mencabar.
Selain itu, jika ke Bali dan tidak mengambil pakej menaiki jip ke Gunung Batur di Ubud untuk melihat matahari menyinar bermula adalah satu kerugian besar buat pelancong. Untuk merasai pengalaman unik ini, kami terpaksa bangun seawal pukul tiga pagi untuk dibawa pemandu pelancong ke kaki gunung yang telah diatur oleh sekumpulan pemandu yang sedia menunggu di sekitar itu.
Sebelum menaiki jip, kami diberi minuman ringkas untuk memanaskan badan dalam cuaca di bawah 15 darjah Celsius dan seterusnya menaiki jip melalui kaki gunung yang tidak stabil.
Perjalanan menaiki jip terbuka dalam kegelapan awal pagi itu hanya boleh dipandu mereka yang mahir hinggalah sampai di kawasan lapang yang terdapatnya ratusan jip bersaiz sama parkir dalam barisan cukup menarik.
Terdapat tandas di kawasan tersebut dengan bayaran sambil dibantu oleh pekerja di situ. Sepanjang menunggu waktu keemasan itu, pelbagai aksi dirakam dan penulis sendiri berkesempatan untuk menunaikan solat subuh di atas jip berkenaan meskipun ruang yang terhad.
Sememangnya cantik ciptaan Allah momen tersebut yang membuatkan kami tidak boleh ‘move on’ dengan segala keajaiban, keterujaan yang dinikmati di gunung berapi yang tidak aktif tersebut.
Selepas berada lebih daripada tiga jam di situ, jip mulai turun dan turut singgah di lokasi lain untuk merakam saat manis di kaki bukit yang lain melalui kreativiti mengambil gambar yang dirakam melalui dron.
Jika diberi peluang, penulis mahu berkunjung ke Bali lagi tetapi kali ini untuk melihat sendiri perayaan Hari Nyepi dan melihat perarakan Ogoh-Ogoh yang menakutkan.
The post Penangan Bali, buat hati tidak boleh ‘move on’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.