Malaysian Attention Engine
Live wire
42Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas35Tak suka ‘cover-cover’, Elizabeth Tan jujur mengaku tak puas hati lakonan sendiri35Wolff dismisses ‘brainless’ speculation of favouritism at Mercedes34General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions33Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara33Buang ego, bukan silaturahim – Saiful Apek33Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00030RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202728Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202727King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period24Belanjawan 2027: Pelepasan cukai M40 dijangka diperluas24General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar
NewConfirmedupdated 10 h ago

Pengecualian penuh duti setem perjanjian perumahan, surat cara pindah milik rumah pertama berharga hingga RM500,000

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 16:32 MYTLatest activity 9 Oct, 20:33BMconfidence 72%

What happened

Pengecualian penuh duti setem perjanjian perumahan, surat cara pindah milik rumah pertama berharga hingga RM500,000 (Google News Malaysia (BM), 16:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah bantu ringan beban pembeli hartanah - REHDA

By Nurul Husna Mahmud · 9 Oct, 20:33 MYT

KUALA LUMPUR: Pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000 diyakini mampu membantu meringankan beban kewangan pembeli hartanah.

Reaksi positif itu dizahirkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang turut memuji langkah penambahbaikan pelepasan duti setem yang turut membabitkan hartanah berharga sehingga RM750,000.

Presidennya, Datuk Zaini Yusoff mengakui langkah diumumkan itu akan membantu meringankan beban kewangan awal bakal pemilik rumah

"Kami berharap kerajaan akan terus menyemak semula ambang kelayakan selaras dengan harga rumah dan keadaan pasaran semasa, termasuk mempertimbangkan pelanjutan insentif untuk hartanah berharga sehingga RM1 juta," katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 memaklumkan kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama yang berharga hingga RM500,000.

Bagi rumah berharga hingga RM750,000 pula, pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 dan 50 peratus bagi bakinya.

Ia terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

Dalam pada itu, beliau berkata pengecualian duti setem bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai dapat memudahkan pemulihan projek sekali gus memberi kelegaan yang kepada pembeli yang terjejas.

Sektor perumahan negara turut mendapat suntikan sokongan menerusi penyediaan jaminan pembiayaan perumahan bernilai RM20 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 80,000 pembeli rumah pertama, terutamanya golongan berpendapatan tidak tetap.

Bagi perumahan mampu milik, REHDA menyifatkan peruntukan hampir RM1 bilion untuk Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat sebagai langkah sangat menggalakkan, di samping inisiatif pembangunan oleh PETRONAS dan Bandar MADANI Bukit Jalil.

Bagi penyokong pembangunan mampan, REHDA menghargai lanjutan Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus untuk projek dan aset teknologi hijau yang layak sehingga 31 Disember 2030.

Insentif sedemikian akan menggalakkan pemakaian amalan mampan yang lebih luas, terutamanya dalam kalangan pemaju kecil yang menghadapi kos pelaksanaan yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, REHDA menggesa kerajaan menyemak semula pelbagai caj berkaitan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti caj infrastruktur, utiliti, statutori dan pematuhan bagi menangani isu kos pembangunan yang kian meningkat.

REHDA turut berharap kerajaan mempertimbang semula penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi membantu mengurangkan lambakan hartanah kediaman siap yang tidak terjual serta memberi peluang lebih luas kepada rakyat memiliki kediaman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow20:0023:0002:0005:00
Latest 06:47 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 16:32 MYT
Origin confidence 90% · 241 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    16:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pengecualian penuh duti setem perjanjian perumahan, surat cara pindah milik rumah pertama berharga hingga RM500,000 · Malaysian Attention Engine