
Pengesahan Pelbagai Faktor antara ciri keselamatan MyDigital ID
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sistem MyDigital ID menggunakan ciri Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) yang mewajibkan pengguna melalui lebih satu tapisan pengesahan sebelum sebarang akses diberikan. (Berita Harian, 23:39)
Read the reporting
1 report
Pengesahan Pelbagai Faktor antara ciri keselamatan MyDigital ID
KUALA LUMPUR: Sistem MyDigital ID menggunakan ciri Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) yang mewajibkan pengguna melalui lebih satu tapisan pengesahan sebelum sebarang akses diberikan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini bertujuan memperkukuh keselamatan identiti digital pengguna serta mengurangkan risiko kebocoran, penipuan, penyamaran dan kecurian identiti semasa mengakses perkhidmatan dalam talian yang diintegrasikan dengan MyDigital ID.
Beliau berkata, kerajaan kekal tegas dan komited dalam memastikan keselamatan serta perlindungan identiti digital rakyat sentiasa terpelihara.
Komitmen itu kata beliau, selaras aspirasi kerajaan memperkukuh ekosistem digital negara, di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penggunaan perkhidmatan dalam talian kerajaan.
"MyDigital ID akan terus diperkasa melalui perancangan serta pembangunan penambahbaikan jangka panjang, termasuk persediaan ke arah penggunaan teknologi Kriptografi Pasca Kuantum (PQC) sebagai langkah persediaan menghadapi ancaman siber komputer kuantum.
"Persediaan ini dilaksanakan menerusi pendekatan 'crypto-agility', iaitu keupayaan seni bina sistem untuk beralih kepada algoritma kriptografi baharu secara terancang, selaras perkembangan piawaian antarabangsa dan Dasar Kriptografi Negara (MyKriptografi)," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai mekanisme keselamatan kriptografi MyDigital ID dan statistik pendaftaran dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Parlimen malam ini.
Ahmad Zahid berkata, MyDigital ID turut menggunakan pelbagai mekanisme keselamatan kriptografi bagi memastikan kerahsiaan, integriti dan keselamatan identiti digital rakyat dilindungi sepenuhnya, antaranya Prasarana Kunci Awam (PKI).
Beliau berkata, PKI ialah piawaian keselamatan menggunakan kriptografi bagi mengesahkan identiti pengguna dalam satu transaksi serta melindungi maklumat dan data daripada diakses atau diubah suai tanpa kebenaran.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Komponen PKI dan Pihak Berkuasa Perakuan tertakluk kepada kerangka Akta Tandatangan Digital 1997.
Mengenai statistik pendaftaran, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, 14.2 juta warga tempatan direkodkan sudah berdaftar dengan MyDigital ID, sehingga 7 Oktober lalu.
Daripada segi penggunaan, kata beliau, MyDigital ID secara kumulatif merekodkan 82.75 juta transaksi log masuk sejak 2024, dengan kadar penggunaan semasa melebihi 200,000 transaksi sehari.
"Peningkatan ini didorong peluasan penggunaan MyDigital ID yang kini menyokong lebih 200 aplikasi dan perkhidmatan digital sektor kerajaan dan swasta," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.