
Pengesanan penyakit jantung kongenital pranatal masih rendah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pengesanan penyakit jantung kongenital pranatal masih rendah (Berita Harian, 11:18)
Read the reporting
1 report
Pengesanan penyakit jantung kongenital pranatal masih rendah
SIHATJANTUNGANAK
Heading:
introteks: Diagnosis awal membolehkan bayi yang memerlukan rawatan atau intervensi jantung segera dikenal pasti
Oleh Saadiah Ismail
bhrencana@bh.com.my
Kadar pengesanan penyakit jantung kongenital (CHD) kritikal dalam kalangan bayi sebelum kelahiran di Malaysia masih rendah apabila hanya sekitar 15 peratus kes dikesan secara pranatal bagi tempoh 2016 hingga 2023.
Angka itu bersamaan kira-kira satu daripada tujuh kes dan jauh lebih rendah berbanding negara maju yang merekodkan kadar pengesanan melebihi 50 peratus, malah sesetengah pusat perubatan mampu mencapai lebih 80 peratus.
Pakar Perunding Kanan Pediatrik Kardiologi, Dr Mohd Nizam Mat Bah, berkata jurang berkenaan menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh saringan dan pengesanan awal CHD di negara ini.
Katanya, pengesanan CHD kritikal sebelum kelahiran penting bagi membolehkan pasukan perubatan merancang pengurusan kehamilan, kaedah dan lokasi kelahiran serta persediaan rawatan bayi sebaik dilahirkan.
"Lebih penting, dan dirujuk ke pusat yang mempunyai kepakaran serta kemudahan sesuai," katanya.
Sehubungan itu, sekumpulan pakar Maternal-Fetal Medicine (MFM) dan Kardiologi Pediatrik menubuhkan Fetal Heart Interest Group bagi meningkatkan keupayaan pengesanan CHD di peringkat antenatal.
Kumpulan berkenaan dipelopori Pakar Perunding Pediatrik Kardiologi dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Putri Yubbu, bersama Pakar Perunding Kanan Maternal-Fetal Medicine Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Vairavan Ramesh.
Menurut Dr Putri, Fetal Heart Interest Group menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembangunan kepakaran, termasuk program Pendidikan Perubatan Berterusan (CME), perbincangan kes fetal echocardiography secara berkala setiap satu hingga dua minggu, selain bengkel dan program latihan.
Katanya, kumpulan itu turut bekerjasama dengan Amrita Hospital pada tahun lalu bagi melatih lebih ramai profesional kesihatan, termasuk sonografer, pegawai perubatan, pakar obstetrik, pakar MFM dan pakar perubatan keluarga dalam meningkatkan kemahiran saringan serta pengesanan awal CHD.
"Hasil usaha berterusan itu, Persatuan Jantung Fetal (FHA) ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 7 April lalu sebelum dilancarkan sempena Fetal Heart Screening Workshop 2026, baru-baru ini.
"Penubuhan FHA bertujuan menjadi platform multidisiplin yang menghubungkan kepakaran MFM dan Pediatrik Kardiologi, di samping membabitkan penjagaan primer, neonatologi serta profesional kesihatan berkaitan," katanya.
Dr Putri berkata, FHA tidak diwujudkan untuk bersaing atau menggantikan mana-mana persatuan sedia ada, sebaliknya berperanan sebagai jambatan bagi memperkukuh kerjasama antara disiplin.
"Kita mahu membina jambatan antara MFM dan Pediatrik Kardiologi supaya kepakaran dapat dikongsi, komunikasi diperkukuh dan pengurusan bayi dengan CHD dapat dirancang dengan lebih baik.
"Pengesanan CHD bermula di peringkat penjagaan primer dan saringan antenatal sebelum kes yang disyaki dirujuk kepada pakar MFM dan Pediatrik Kardiologi untuk penilaian serta perancangan lanjut," katanya.
Menurutnya, diagnosis pranatal yang tepat juga membolehkan kelahiran dirancang di pusat yang sesuai, selain memastikan pasukan neonatologi bersedia dan bayi mendapat akses awal kepada rawatan serta intervensi kardiak apabila diperlukan.
Beliau berkata, FHA menyasarkan untuk memperluaskan program pendidikan, latihan dan kesedaran ke lebih banyak pusat di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pengamal perubatan mengenal pasti tanda CHD ketika pemeriksaan antenatal.
Selain pengesanan, katanya, kepakaran berkenaan turut membolehkan rawatan tertentu diberikan ketika bayi masih dalam kandungan, termasuk kes rhabdomyoma atau ketumbuhan pada jantung fetus.
"Rawatan menggunakan sirolimus menerusi ibu untuk merawat bayi dalam kandungan itu dimulakan di Hospital Sultan Idris Shah pada 2022 dan setakat ini lapan bayi sudah menerima rawatan berkenaan.
"Justeru, saya berharap penubuhan FHA dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pengesanan pranatal CHD kritikal di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pengurusan lebih terancang dan hasil kesihatan lebih baik untuk bayi serta kanak-kanak dengan penyakit jantung kongenital," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.