
Pengguna harap pembinaan Jambatan Bailey laluan Gua Musang-Kota Bharu siap segera
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pengguna harap pembinaan Jambatan Bailey laluan Gua Musang-Kota Bharu siap segera (Harian Metro, 13:19)
Read the reporting
1 report
Pengguna harap pembinaan Jambatan Bailey laluan Gua Musang-Kota Bharu siap segera
am@hmetro.com.my
Gua Musang: Pengguna laluan FT08 Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Etnobotani Kesedar, di sini, yang terjejas akibat kejadian lubang benam pada Sabtu lalu, berharap proses pembinaan jambatan Bailey dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jambatan Bailey yang bernilai RM364,000 itu akan dibina bermula hari ini dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Salah seorang pengguna laluan terbabit, Shahrizal Rosdi, 35, berkata, sudah hampir seminggu, dia terpaksa menggunakan laluan alternatif Jalan Pulai untuk menghantar anak ke sekolah di Bandar Gua Musang.
"Sejak Ahad lalu saya terpaksa keluar awal dari rumah supaya anak-anak tidak lewat sampai di sekolah mereka yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah.
"Sebelum ini kami keluar rumah jam 6.50 pagi, tetapi sekarang kami perlu keluar jam 6.30 pagi bagi memastikan anak-anak tiba di sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
"Tempoh perjalanan lebih panjang kerana Jalan Pulai kini menjadi satu-satu jalan kepada penduduk dari Tanah Putih untuk menghantar anak ke sekolah selepas jalan terbabit ditutup akibat lubang benam," katanya.
Bagi Nur Fazilah Mat Hussin, 23, dia berharap jalan terbabit dapat dibaiki secepat mungkin untuk keselesaan dan kemudahan penduduk di sekitar kawasan itu.
Katanya, penutupan jalan menyebabkan penduduk di sekitar daerah ini terpaksa mengalami kesesakan yang luar biasa pada waktu puncak.
"Saya harap projek pembina Jambatan Bailey ini dapat disiapkan lebih awal atau mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata, kerja-kerja pemasangan Jambatan Bailey akan dimulakan secepat mungkin.
"Saya difahamkan kerja pembersihan serpihan juga sudah dilakukan pihak berwajib selain membuat penyelenggaraan saliran dari Taman Wangi ke Sungai Ketil bagi melancarkan aliran air.
"Kita harap pembinaan Jambatan Bailey ini akan berjalan lancar dan siap mengikuti jadual yang ditetapkan kerana ia juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.