
Pengiktirafan buka laluan usahawan ke pasaran global
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Pengiktirafan bukan sekadar penghargaan, malah mampu menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan untuk membina kredibiliti dan meneroka peluang perniagaan di peringkat antarabangsa. (Kosmo!, 09:17)
Read the reporting
1 report
Pengiktirafan buka laluan usahawan ke pasaran global
KUALA LUMPUR – Pengiktirafan bukan sekadar penghargaan, malah mampu menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan untuk membina kredibiliti dan meneroka peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.
Menerusi Asia Influential Award 2026 usahawan berpotensi diberi platform untuk mengetengahkan keupayaan perniagaan masing-masing, sekali gus meluaskan jaringan kerjasama strategik.
Naib Pengerusi Penganjur Asia Influential Award 2026, Sean Chin Shin Yoong berkata, ramai usahawan mempunyai perniagaan yang kukuh tetapi kurang mendapat pendedahan kepada khalayak lebih luas.
“Ramai usahawan yang saya temui sebenarnya mempunyai perniagaan yang baik, tetapi orang sekeliling tidak mengetahui nilai dan potensi syarikat mereka.
“Sebab itu kami mewujudkan platform ini untuk memberi peluang kepada perniagaan berkenaan diketengahkan dan mendapat pengiktirafan berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada sesi rangkaian perniagaan Asia Influential Award 2026 di sini.
Menurutnya, pengiktirafan itu juga dapat meningkatkan keyakinan orang ramai dan bakal rakan strategik terhadap sesebuah perniagaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, penyertaan tertakluk kepada kriteria tertentu, termasuk tempoh operasi sekurang-kurangnya tiga tahun, prestasi kewangan yang menguntungkan serta kehadiran media sosial yang bersesuaian.
Sean.
“Kami juga meneliti penyata untung rugi untuk memastikan syarikat benar-benar mencatatkan keuntungan, bukannya sekadar mempunyai jumlah transaksi yang tinggi,” katanya.
Sean berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan rangkaian yang dibentuk terdiri daripada perniagaan berkualiti dan berpotensi menjalin kerjasama yang saling menguntungkan.
Selain memberi pengiktirafan, platform itu turut membuka peluang kepada penerima anugerah meneroka pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan Institusi Strategik Antarabangsa.
Beliau berkata, usaha mengembangkan perniagaan ke luar negara lazimnya berdepan cabaran seperti halangan bahasa, perundangan dan kekurangan rangkaian kenalan tempatan.
“Melalui kerjasama ini, kami boleh membantu menghubungkan mereka dengan peluang perniagaan yang sesuai. Ketika ini, kami sedang membantu sebuah pasukan media dalam kalangan penerima anugerah meneroka pasaran Filipina,” katanya.
Mengulas perancangan masa depan, Sean berkata, pihaknya melihat rantau Asia mempunyai potensi ekonomi yang besar dan tidak menolak kemungkinan memperluaskan penyertaan anugerah itu ke peringkat global.
Katanya, langkah itu bergantung pada perkembangan platform berkenaan serta peluang menghubungkan lebih banyak perniagaan merentasi sempadan negara. -KOSMO! ONLINE
The post Pengiktirafan buka laluan usahawan ke pasaran global appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.