
Pengurangan cukai PMKS bantu hapus ‘rintangan utama’ pertumbuhan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PM Anwar Ibrahim berkata, pemotongan cukai dicadangkan susulan kebimbangan yang disuarakan oleh para usahawan PKS berhubung peningkatan kos operasi. PETALING JAYA: Langkah pengurangan cukai bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat menangani peningkatan kos yang kekal menjadi rintangan utama bagi pertumbuhan perniagaan, kata salah sebuah badan perakaunan profesional terbesar dunia. (Free Malaysia Today, 23:48)
Read the reporting
1 report
Pengurangan cukai PMKS bantu hapus ‘rintangan utama’ pertumbuhan
PM Anwar Ibrahim berkata, pemotongan cukai dicadangkan susulan kebimbangan yang disuarakan oleh para usahawan PKS berhubung peningkatan kos operasi. PETALING JAYA: Langkah pengurangan cukai bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat menangani peningkatan kos yang kekal menjadi rintangan utama bagi pertumbuhan perniagaan, kata salah sebuah badan perakaunan profesional terbesar dunia.
“Pelepasan cukai serta peluasan sokongan pembiayaan dijangka menambah baik aliran tunai dan mengukuhkan keupayaan PMKS untuk melabur serta mengembangkan perniagaan mereka,” kata ahli jawatankuasa cukai CPA Australia Tai Lai Kok dalam kenyataan.
Terdahulu hari ini, ketika membentangkan Belanjawan 2027, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan bagi PMKS sebanyak 1% tahun depan.
Menerusi belanjawan itu, kadar cukai bagi RM150,000 pertama pendapatan bercukai akan diturunkan kepada 14%, manakala kadar bagi pendapatan bercukai antara RM150,000 dan RM600,000 pula dikurangkan kepada 16%.
Pemotongan cukai berkenaan dicadangkan susulan kebimbangan yang disuarakan oleh para usahawan PKS berhubung peningkatan kos operasi, menurut Anwar.
Sementara itu, keputusan kerajaan untuk meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu serta menurunkan kadar cukai bagi kumpulan berpendapatan sederhana terpilih berupaya membantu meningkatkan pendapatan boleh guna ketika kebanyakan isi rumah masih berdepan tekanan kos sara hidup.
Pengerusi jawatankuasa cukai CPA Australia Surin Segar berkata, langkah percukaian yang diumumkan itu mengiktiraf 'pembayar cukai memerlukan sokongan dalam menguruskan peningkatan kos sara hidup'.
“Kenaikan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 merupakan semakan yang dialu-alukan, terutamanya memandangkan had tersebut tidak pernah berubah sejak 2010," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today23:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.