
Penjawat awam nikmati rebat 20 peratus langganan Pandapro
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PUTRAJAYA: Penjawat awam menikmati diskaun 20 peratus bagi langganan keahlian Pandapro selama 12 bulan, menerusi Insentif Rebat RAHMAH Pandapro Penjawat Awam 2026. (Berita Harian, 10:33)
Read the reporting
1 report
Penjawat awam nikmati rebat 20 peratus langganan Pandapro
PUTRAJAYA: Penjawat awam menikmati diskaun 20 peratus bagi langganan keahlian Pandapro selama 12 bulan, menerusi Insentif Rebat RAHMAH Pandapro Penjawat Awam 2026.
Kementerian Komunikasi berkata, inisiatif hasil kerjasama strategik antara kementerian itu dengan Foodpanda, bagi menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk seluruh warga perkhidmatan awam.
"Menerusi inisiatif di bawah perkhidmatan Payung RAHMAH ini, Foodpanda menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan, khusus untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my).
"Penawaran khas ini bertujuan memberikan kemudahan dan membantu meringankan beban kos sara hidup warga perkhidmatan awam dalam menjalani rutin kerja harian," kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.
Tempoh penebusan insentif itu dibuka menerusi aplikasi Foodpanda mulai hari ini hingga 31 Disember 2026.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bersama rakan strategik sektor swasta dalam menjaga kebajikan serta menghargai sumbangan warga perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
Maklumat lanjut dan panduan lengkap penebusan boleh dirujuk menerusi dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi dan saluran media sosial
Kementerian Komunikasi.
Pelancaran inisiatif itu disempurnakan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil sempena perhimpunan bulanan kementerian terbabit hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.