Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 1 h ago

Pensyarah UiTM dilantik penyandang ke-16 Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 19:12 MYTLatest activity 15 Oct, 19:19BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Prof Dr Shahanum Md Shah dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dilantik sebagai penyandang ke-16 Kursi Tun Abdul Razak (TARC) di Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS). (Berita Harian, 19:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pensyarah UiTM dilantik penyandang ke-16 Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio

By Nurul Husna Mahmud · 15 Oct, 19:12 MYT

KUALA LUMPUR: Prof Dr Shahanum Md Shah dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dilantik sebagai penyandang ke-16 Kursi Tun Abdul Razak (TARC) di Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028 itu dibuat secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi.

UiTM dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan pelantikan itu membawa mandat besar memperluas jaringan akademik serta memperkenalkan ilmu dan kebudayaan Malaysia pada peringkat global.

Ia sekali gus meneruskan tradisi lebih empat dekad TARC sebagai platform hubungan akademik antara Malaysia dengan AS.

Menurut UiTM lagi, pelantikan itu amat bermakna dalam usaha memperkasakan diplomasi pendidikan negara di pentas antarabangsa.

"UiTM melihat pelantikan itu sebagai satu pencapaian penting dalam diplomasi pendidikan Malaysia, selain membuka ruang memperluas kerjasama akademik dan penyelidikan," katanya.

Shahanum yang berlepas ke Athens, Ohio, pada 13 Oktober lalu ditempatkan di Chaddock + Morrow College of Fine Arts serta Center for International Studies.

Peranan beliau merangkumi pengajaran, penyelidikan kolaboratif, syarahan umum, simposium, bimbingan, penerbitan dan diplomasi pendidikan serta kebudayaan.

"Universiti berharap kepakaran beliau dapat membuka dimensi baharu dalam usaha memperkenal dan memartabatkan bahasa Melayu serta kebudayaan Malaysia di arena global," menurut kenyataan itu lagi.

TARC ditubuhkan pada Mac 1980 melalui perjanjian bilateral antara Kerajaan Malaysia dengan Universiti Ohio, sebagai Kursi Akademik Luar Negara pertama negara.

Hubungan erat itu berakar daripada kerjasama antara UiTM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM), dengan universiti berkenaan sejak 1960-an.

Shahanum menyertai rangkaian tokoh akademik terkemuka negara yang pernah menyandang kursi berprestij terbabit.

Antara tokoh awal yang pernah dilantik ialah Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas bagi tempoh 1981 hingga 1982.

Beliau menjadi penyandang ke-16 menyusuli Dr Jayum Anak Jawan yang memegang peranan berkenaan bagi tempoh 2015 hingga 2017.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow20:00
Latest 20:28 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 19:12 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.