
Penyambut tetamu hotel mengaku tidak bersalah curi 'skort' RM29
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Penyambut tetamu hotel mengaku tidak bersalah curi 'skort' RM29 (Harian Metro, 17:26)
Read the reporting
1 report
Penyambut tetamu hotel mengaku tidak bersalah curi 'skort' RM29
am@hmetro.com.my
Melaka: Penyambut tetamu hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mencuri sehelai skort (skirt berseluar pendek) milik sebuah butik di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Isnin lalu.
Tertuduh, Nurul Husna Zubaidi, 33, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan atas pertuduhan berkenaan dalam prosiding di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat curang mencuri sehelai skort wanita berwarna hitam bersaiz L, jenama PDI Active Wear bernilai RM29 milik butik Padini, di AEON Bandaraya Melaka, pada 12 Oktober lalu, jam 3.11 petang.
Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya mencadangkan jaminan RM10,000 namun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek, merayu jaminan rendah atas alasan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Katanya, tertuduh bekerja sebagai penyambut hotel dengan pendapatan RM2,000 sebulan dan tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan sementara dengan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 24 November depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.