Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : 'Corporate Mafia', FELDA Abuse Of Power Claims Among Dewan Rakyat Focus Today47Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF46Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia45‘Bila rindu mereka, saya peluk beg sekolah’42World : Portugal Suspend Cristiano Ronaldo For 30 Days, Impose Us$286 Fine Over Camp Departure37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan366 ditahan bantu siasatan kes dera wanita Indonesia36Abbe Hae didakwa ditahan polis36Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar35Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok35Yamal vs PSG: Ballon d’Or backdrop to Champions League showdown
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Penyatuan ummah tuntut titik temu di sebalik perbezaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 08:00 MYTLatest activity 20 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

PERPECAHAN politik Melayu-Islam bukan sahaja melemahkan kekuatan ummah, malah boleh menjejaskan kedudukan dan masa depan dalam politik negara. (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·5 min read

Penyatuan ummah tuntut titik temu di sebalik perbezaan

By Aqilah Mior Kamarulbaid dan Intan Suhana Che Omar · 20 Oct, 08:00 MYT

PERPECAHAN politik Melayu-Islam bukan sahaja melemahkan kekuatan ummah, malah boleh menjejaskan kedudukan dan masa depan dalam politik negara.

Atas kesedaran itu, Pas terus membawa gagasan penyatuan ummah yang tidak terbatas kepada kerjasama dengan UMNO, sebaliknya terbuka kepada semua pihak yang mahu mencari titik persamaan.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, DATUK AHMAD YAHAYA , berkata sejarah perselisihan, perbezaan pendirian dan perebutan kerusi menjadi antara cabaran yang perlu diatasi bagi menjayakan gagasan itu.

Dalam temu bual bersama wartawan Utusan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID dan INTAN SUHANA CHE OMAR , beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan kesepakatan menuntut keterbukaan, tolak ansur dan kesediaan berunding.

Menurut beliau, penyatuan ummah tidak seharusnya terbatas kepada parti Melayu-Islam, malah perlu merangkum masyarakat bukan Islam demi membina Malaysia yang lebih sejahtera, tanpa membiarkan perbezaan politik terus memisahkan masyarakat.

Temu bual turut disertai jurufoto, AMIR KHALID.

Bolehkah Pas dan UMNO bekerjasama meskipun mempunyai sejarah lampau?

Pertama, penyatuan ummah sudah menjadi satu keperluan ketika ini demi memastikan Malaysia lebih sejahtera. Kita perlu melihat realiti jika usaha penyatuan diabaikan dan perpecahan terus dikekalkan, kesannya akan membawa keburukan.

Keadaan itu boleh menyebabkan hakisan kuasa Melayu-Islam, mungkin dalam tempoh yang panjang.

Sesetengah pihak mungkin melihat keadaan sekarang seperti tiada masalah apabila Perdana Menteri masih dalam kalangan Melayu-Islam dan menteri-menteri besar juga masih Melayu-Islam. Realiti itu berbeza jika dilihat di Pulau Pinang. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan dalam jangka masa panjang, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang.

Sebab itu, jika ditanya mengenai pendirian, kita akan menegaskan penyatuan ummah merupakan satu keperluan.

Pas menyuarakan gagasan penyatuan ummah dalam ruang lingkup yang luas. Usaha ini tidak terikat semata-mata kepada UMNO dan Pas, sebaliknya, kita mahu melibatkan semua parti Melayu-Islam yang bersedia untuk bersama.

Pada masa sama, jangan pula menganggap apabila kita menyebut Melayu-Islam atau parti Melayu-Islam, kita akan mengenepikan golongan bukan Islam.

Penyatuan ummah yang kita maksudkan bersifat luas, merangkumi pelbagai pihak termasuk golongan bukan Islam. Inilah yang kita tegaskan, penyatuan ummah tidak hanya terikat kepada satu atau dua parti.

Kita memahami mungkin ada pihak yang belum bersedia menerima konsep yang kita gagaskan ini. Pun begitu, kita perlu terus menyuarakan gagasan tersebut.

Soalan berkaitan hubungan Pas dengan UMNO yang mempunyai sejarah panjang dari segi pertembungan dan perselisihan pula bagi saya, selagi kita terus berlegar pada permasalahan lama, pertelingkahan dan perpecahan, maka perkara-perkara itu akan menjadi halangan.

Sebaliknya, jika kita memberikan tumpuan kepada masa depan, insya-Allah, perkara yang sebelum ini menjadi batu penghalang boleh bertukar menjadi batu loncatan ke arah merealisasikan gagasan tersebut.

Kita perlu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dengan mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan masalah dan menjadi penghalang. Matlamat utama kita adalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia yang baharu.

Apa halangan untuk penyatuan ummah?

Banyak faktor yang boleh menjadi penghalang. Sebagai contoh, ada pihak yang mungkin melihat kesukaran untuk mengagihkan kerusi apabila melibatkan banyak parti. Jika pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen menjadi faktor penghalang, perkara itu perlu ditangani dengan sebaik-baiknya.

Sebab itu, dalam hal seumpama ini, kita perlu berlapang dada dan mencari jalan untuk mengatasi setiap halangan supaya tidak berlaku pertembungan.

Sebagai contoh, jika pengagihan kerusi menjadi isu utama, kita perlu menyelesaikannya melalui rundingan secara menyeluruh dengan mengambil kira pengagihan yang seimbang, sikap bertolak ansur, pertukaran kerusi dan sebagainya. Saya yakin perkara itu dapat diselesaikan.

Namun, jika isu pengagihan kerusi dibincangkan secara terbuka sehingga setiap pihak menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing, keadaan itu boleh mencetuskan pertembungan.

Sebab itu, elakkan pertembungan di ruang atau media secara terbuka. Sebaliknya, selesaikan perkara berkenaan melalui rundingan.

Kami melihat kesukaran di negeri SG4, sanggupkah Pas lepaskan kerusi di empat negeri ini, komen?

Perkara ini bukan soal sanggup atau tidak kerana seperti yang saya katakan tadi, ia boleh diselesaikan di meja rundingan.

Jika kita melihat Malaysia secara menyeluruh, kita akan mendapati ruang untuk pertimbangan bukan hanya melibatkan 15 kerusi di Kedah atau lapan kerusi di Kelantan, malah terdapat banyak kerusi di Semenanjung yang boleh dipertimbangkan secara seimbang antara negeri.

Bagi negeri-negeri SG4 pula, saya berpendapat perkara ini mungkin belum diuji secara langsung kerana rundingan belum diadakan. Namun, jika rundingan dilaksanakan dalam skop yang lebih luas, tidak hanya tertumpu kepada satu negeri, sebaliknya melibatkan seluruh negara, sudah tentu terdapat ruang untuk pertukaran kerusi dan sebagainya sekiranya terdapat perbezaan dalam pengagihan.

Insya-Allah, penyelesaian akan ditemukan jika keinginan dan kemahuan untuk mencapai perpaduan menjadi faktor penyatuan kita.

Kadang-kadang, dalam perkara seumpama ini, orang berkata, jika kita benar-benar mahu melakukan sesuatu, ada seribu jalan, tetapi jika tidak mahu, satu dalil pun sudah cukup seperti pengagihan kerusi tidak adil boleh menyebabkan perpecahan.

Ada pihak masih mempertikaikan sehingga hari ini, Pas tiada tokoh yang boleh ke Kabinet, komen?

Suatu ketika dahulu, mungkin ada pihak yang mempersoalkan kemampuan Pas untuk memerintah dan siapa yang boleh diketengahkan oleh parti itu untuk menerajui kerajaan. Namun, sejak 1990, 1999, 2008 hingga 2023, Pas membuktikan parti itu mempunyai calon-calon yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin.

Jika dibandingkan dengan peringkat Persekutuan, pengalaman di peringkat negeri juga memberikan gambaran Pas berpotensi untuk memerintah negara. Sampai masanya, rakyat akan mengenali kemampuan parti ini dengan lebih dekat tetapi setakat ini kami belum diberikan peluang tersebut.

Datuk, jika dilihat, masih wujud sentimen negatif terhadap Pas apabila berada dalam kerajaan. Sebelum ini, isu hudud, menimbulkan kebimbangan sehingga menyebabkan sesetengah pihak takut terhadap Islam, komen?

Sentimen negatif ini mungkin sengaja dimainkan untuk menghalang kemaraan Pas dan menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Sebelum ini, isu hudud misalnya, menimbulkan kebimbangan sehingga menyebabkan sesetengah pihak takut terhadap Islam. Namun, hari ini, kedudukan Pas semakin mendapat perhatian masyarakat.

Secara mudahnya, UMNO pernah menjadi peneraju kerajaan, begitu juga PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Jadi, mengapa timbul persoalan jika Pas pula diberi peluang memerintah negara?

Pas bukan parti baharu, sebaliknya sudah lama terlibat dalam sistem demokrasi negara.

Sepanjang penglibatannya, Pas bersedia bergerak dalam ruang lingkup undang-undang negara. Apa-apa dasar yang ingin dilaksanakan mestilah mematuhi undang-undang.

Contoh, dalam usaha menyekat kegiatan perjudian, keputusan Mahkamah Persekutuan dihormati. Begitu juga apabila berhadapan dengan sekatan, termasuk yang melibatkan Perikatan Nasional (PN), kita membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk mencari penyelesaian. Apabila berdepan dengan halangan, kita mencari jalan yang dibenarkan undang-undang untuk mengatasinya.

Ini bermakna, Pas bersedia bergerak dalam ruang lingkup undang-undang dan tidak akan menyimpang daripada sistem yang diamalkan di negara ini.

Apa-apa dasar yang ingin dibawa ke DUN atau Parlimen juga terbuka untuk dibahaskan. Sebab itu, tidak seharusnya rakyat terus ditakut-takutkan dengan gambaran tentang perkara yang mungkin berlaku sekiranya Pas memerintah.

Kita bukan lagi berada pada zaman ketika rakyat tidak mempunyai ruang untuk menilai sesuatu secara terbuka dan adil.

Hari ini, rakyat boleh melihat sendiri dan membuat penilaian berdasarkan apa yang berlaku. Keyakinan rakyat terhadap Pas juga semakin tinggi, itulah realitinya.

The post Penyatuan ummah tuntut titik temu di sebalik perbezaan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:00
Latest 09:31 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.