
Keutamaan kepada UMNO berisiko cetus ketegangan Pas dengan parti lain
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Keutamaan Pas terhadap UMNO dalam rundingan kerjasama politik berisiko mencetuskan ketegangan dengan parti politik lain sekiranya kepentingan serta peluang mereka untuk bertanding semakin terhad. (Utusan Malaysia, 08:35)
Read the reporting
1 report
Keutamaan kepada UMNO berisiko cetus ketegangan Pas dengan parti lain
PETALING JAYA: Keutamaan Pas terhadap UMNO dalam rundingan kerjasama politik berisiko mencetuskan ketegangan dengan parti politik lain sekiranya kepentingan serta peluang mereka untuk bertanding semakin terhad.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, pendirian itu berpotensi mengubah keseimbangan hubungan politik dalam kalangan parti yang bekerjasama dengan Pas apabila UMNO diberikan kedudukan lebih strategik.
Katanya, keadaan tersebut boleh menimbulkan rasa tidak puas hati sekiranya parti seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan komponen Perikatan Nasional (PN) lain merasakan kepentingan mereka semakin terbatas.
“Sekiranya rundingan tidak diurus secara berhati-hati, kerjasama Pas-UMNO-BN mungkin dapat diperkukuh tetapi pada masa sama berisiko mencetuskan ketegangan dalam hubungan Pas dengan sekutu lain.
“Keutamaan kepada UMNO tidak seharusnya diterjemahkan sebagai tindakan meminggirkan rakan politik sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia .
Akhbar ini semalam melaporkan, Pas mengutamakan UMNO dan BN dalam sebarang rundingan kerjasama politik berbanding parti lain termasuk Wawasan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya baru-baru ini, yang membenarkan Pas Pusat berunding dengan mana-mana parti politik dengan memberi keutamaan kepada UMNO.
Mohammad Tawfik berkata, dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kedudukan tawar-menawar lebih kukuh kerana mahu mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi sebelum ini.
“Sehubungan itu, Pas perlu memainkan peranan sebagai pengimbang antara tuntutan UMNO dengan kepentingan rakan politiknya.
“Ketetapan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengutamakan UMNO merupakan isyarat politik signifikan yang memperlihatkan kesungguhan kepimpinan tertinggi parti itu menghidupkan semula semangat Muafakat Nasional (MN),” katanya.
Menurut Mohammad Tawfik, rundingan pembahagian kerusi yang dilaporkan mencapai sekitar 90 peratus menunjukkan kerjasama tersebut bukan lagi sekadar retorik politik, sebaliknya semakin hampir diterjemahkan dalam bentuk persefahaman pilihan raya.
Bagaimanapun katanya, cabaran terbesar ialah sejauh mana kedua-dua parti sanggup mengetepikan kepentingan masing-masing khususnya dalam pembahagian kerusi, pemilihan calon dan perkongsian pengaruh politik.
“UMNO tentunya mahu mempertahankan kedudukannya sebagai parti dominan, manakala Pas pula tidak mahu dilihat sekadar menjadi pelengkap kepada kekuatan UMNO.
“Justeru, kejayaan kerjasama ini bergantung kepada kesediaan kedua-dua kepimpinan melakukan kompromi secara ikhlas dan membina persefahaman jangka panjang, bukan semata-mata untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.
Mengulas mengenai penerimaan akar umbi, beliau berkata, terdapat asas sokongan terhadap penyatuan Pas dan UMNO khususnya dalam kalangan ahli yang masih melihat MN sebagai pengalaman kerjasama politik yang positif.
Namun katanya, penerimaan itu tidak semestinya menyeluruh kerana persaingan politik, perbezaan kesetiaan parti dan pengalaman pertembungan dalam pilihan raya terdahulu masih mempengaruhi hubungan kedua-dua pihak.
“Cabaran sebenar bukan sekadar mendapatkan persetujuan kepimpinan tertinggi, tetapi memastikan penyokong Pas sanggup mengundi calon UMNO dan begitu juga sebaliknya.
“Kepercayaan tidak boleh dibina hanya melalui pengumuman kerjasama atau persefahaman elit politik tetapi memerlukan komunikasi berterusan, penglibatan kepimpinan bahagian dan kawasan, kempen bersama serta komitmen menghormati keputusan pembahagian kerusi,” katanya. – UTUSAN
The post Keutamaan kepada UMNO berisiko cetus ketegangan Pas dengan parti lain appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.