Malaysian Attention Engine
Live wire
53Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan47World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation46Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual45Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat45General : Haze: Decision On School Closure Depends On SOP, Advice Of MetMalaysia, MOH -- Fadhlina43General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad43Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN40Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon36World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday35GWM Wey G9 Hi4 HEV now open for booking in Malaysia – 2.0T, 4DHT, dual electric motors; 358 PS, 782 Nm35Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Penyelidik wajib lapor impak sebenar hasil kajian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 15:15 MYTLatest activity 12 Oct, 15:15BMconfidence 60%

What happened

BAGAN SERAI: Penyelidik perlu melaporkan impak sebenar hasil sesuatu kajian kepada masyarakat, industri dan negara bagi memastikan penyelidikan tidak terhenti setakat penerbitan akademik. (Utusan Malaysia, 15:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Penyelidik wajib lapor impak sebenar hasil kajian

By WAT KAMAL ABAS · 12 Oct, 15:15 MYT

BAGAN SERAI: Penyelidik perlu melaporkan impak sebenar hasil sesuatu kajian kepada masyarakat, industri dan negara bagi memastikan penyelidikan tidak terhenti setakat penerbitan akademik.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub berkata, penekanan terhadap manfaat penyelidikan telah diberikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), manakala pelaporan impak menjadi kewajipan dalam pelaksanaan RMK13.

Menurut beliau, penilaian tidak hanya dilakukan ketika penyelidikan disiapkan, malah pemantauan diteruskan selepas kajian selesai bagi menilai kesannya kepada pihak berkepentingan.

“Bukan hanya sekadar penerbitan, tetapi penyelidik perlu melaporkan impak daripada kajian yang telah dijalankan.

“Kita tidak hanya melihat impak akademik semata-mata seperti penerbitan dan bilangan graduan yang dilahirkan, tetapi juga impak sebenar kepada kerajaan, negara, komuniti dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Bukit Merah mengenai Primatologi, Penglibatan Komuniti dan Masa Depan Pemuliharaan (BM PRIMAT2026) di Pulau Orang Utan Bukit Merah, di sini hari ini.

Persidangan sulung yang berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober di Bukit Merah Laketown Resort itu dianjurkan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUIF) bersama Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), dengan M K Land Holdings Berhad sebagai rakan korporat dan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) sebagai penaja utama.

Zainal Amin berkata, keperluan menunjukkan impak tersebut merangkumi pelbagai bidang penyelidikan, termasuk primatologi dan pemuliharaan hidupan liar.

Katanya, universiti turut menjalin kerjasama secara langsung dengan industri serta agensi berkaitan, termasuk zoo dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pemuliharaan.

BM PRIMAT2026 menghimpunkan 24 pembentang dan lebih 100 peserta dari Malaysia, Thailand, Indonesia serta Brunei, dengan penganjur merancang menjadikannya platform dua tahun sekali bagi memperkukuh perkongsian ilmu, penyelidikan dan kerjasama pemuliharaan primat di rantau ini. – UTUSAN

The post Penyelidik wajib lapor impak sebenar hasil kajian appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:57 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 15:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Penyelidik wajib lapor impak sebenar hasil kajian · Malaysian Attention Engine