Malaysian Attention Engine
Live wire
54RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC46Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia46Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan43Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies39Trump says he will not attack before US elections in November39Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV39General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami3613 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan36General : Borrowers Facing Difficulties To Settle PTPTN Loan Can Negotiate For Loan Restructuring - MoHE35Bekas bintang Spurs cabar Infantino
NewUnconfirmedupdated 20 h ago

Peralihan Hijau Perlu Seimbangkan Pengurangan Pelepasan, Keselamatan Tenaga Dan Kehidupan Rakyat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
7
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 13:43 MYTLatest activity 8 Oct, 13:43BMconfidence 60%

What happened

Peralihan Hijau Perlu Seimbangkan Pengurangan Pelepasan, Keselamatan Tenaga Dan Kehidupan Rakyat (Google News Malaysia (BM), 13:43)

Read the reporting

1 report
Photo: bernama.com
bernama.com·News·BM·3 min read

Peralihan Hijau Perlu Seimbangkan Pengurangan Pelepasan, Keselamatan Tenaga Dan Kehidupan Rakyat

8 Oct, 13:43 MYT

AM > BERITA

08/10/2026 02:32 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Peralihan hijau di Malaysia mesti mengimbangi usaha mengurangkan pelepasan dengan jaminan keselamatan tenaga, kemampuan membayar serta melindungi kehidupan rakyat, di samping memastikan tiada golongan masyarakat yang ketinggalan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata komitmen Malaysia menerusi Sumbangan Ditentukan Negara Ketiga (NDC 3.0) menyasarkan pengurangan sebanyak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang 2035 berbanding paras kemuncak pelepasan negara.

“Setiap negara mempunyai titik permulaan, struktur ekonomi dan keperluan pembangunan yang berbeza. Kita perlu mengurangkan pelepasan sambil memastikan keselamatan tenaga, kemampuan membayar dan kehidupan rakyat terus terpelihara. Peralihan ini mesti dilaksanakan secara teratur dengan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) ke-17, bersempena dengan Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran itu merangkumi pengurangan tanpa syarat hingga 20 juta tan, manakala tambahan 10 juta tan bergantung pada sokongan antarabangsa melalui pembiayaan iklim, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti.

Beliau berkata peralihan hijau itu perlu mewujudkan peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang menjadi tulang belakang kekuatan ekonomi negara melalui sumbangan mereka terhadap peluang pekerjaan, komuniti dan rantaian bekalan industri.

Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan menyokong pelaburan hijau dan pembangunan perusahaan menerusi beberapa inisiatif, termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 5.0 dan Elaun Cukai Pelaburan Hijau, dan langkah berkenaan perlu disokong oleh penyediaan projek yang kukuh serta pelaksanaan yang berkesan.

Beliau berkata National Marginal Abatement Cost Curve menunjukkan kira-kira 70 peratus potensi pengurangan pelepasan boleh dicapai menerusi langkah yang melibatkan kos pengurangan negatif atau rendah, sekali gus menyediakan asas praktikal untuk mempercepat tindakan menangani perubahan iklim.

“Melalui Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan platform seperti IGEM, kita dapat memperkukuh kerjasama antara penyedia teknologi, pemaju projek dan pelabur, sekali gus menterjemahkan peluang yang dikenal pasti kepada projek dengan hasil yang boleh diukur,” katanya.

Pada peringkat serantau, Fadillah berkata Malaysia kekal komited untuk memperluas hubungan tenaga elektrik menerusi Grid Tenaga ASEAN, dengan inisiatif seperti Projek Integrasi Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapura dan Pertukaran Tenaga Malaysia (ENEGEM) yang menyokong perdagangan elektrik bersih serta keselamatan tenaga.

Beliau berkata peralihan itu juga perlu disokong oleh pekerja berkemahiran dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, kerjasama universiti-industri serta peluang peningkatan kemahiran diselaraskan dengan keperluan industri hijau yang sedang berkembang.

Fadillah berkata teknologi digital termasuk kecerdasan buatan, analitik data dan automasi pintar boleh menyokong peralihan hijau dengan meningkatkan pengurusan grid, kecekapan tenaga dan proses membuat keputusan, manakala infrastruktur digital juga perlu menggunakan tenaga dan air secara cekap.

Beliau berkata usaha mencapai aspirasi hijau memerlukan pendekatan menyeluruh negara yang melibatkan kerajaan, industri, institusi kewangan, institusi penyelidikan, kerajaan negeri dan komuniti setempat bagi memastikan inisiatif hijau diterjemahkan kepada pelaburan, pelaksanaan serta hasil yang nyata.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan timbalannya Syed Ibrahim Syed Noh, serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Edisi ke-17 IGEM yang bertemakan “Race Towards Net Zero: Action Beyond Boundaries” diadakan dari 7 hingga 9 Okt di Kuala Lumpur, dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan agensinya, Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

-- BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

KATA KUNCI

BERITA BERKAITAN

LAGI BERITA

7jam lalu

Text and pictures from bernama.com, shown with attribution.Read at bernama.com

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 8NEWnow08:0009:0010:00
Latest 10:36 MYT
7New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 13:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.