
Perjanjian perdagangan ASEAN perlu disesuai dengan kepentingan negara anggota - Tengku Zafrul
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Penambahbaikan perjanjian sedia ada, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-India, penting bagi memastikan kerjasama ekonomi serantau terus relevan. (Astro Awani (BM), 16:10)
Read the reporting
1 report
ASEAN perlu sesuaikan perjanjian perdagangan dengan kepentingan negara anggota – Zafrul
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu memastikan p erjanjian perdagangan pelbagai hala ditambah baik dengan mengambil kira perbezaan tahap pembangunan ekonomi serta kepentingan strategik setiap negara anggota.
Ia bagi memastikan integrasi ekonomi serantau dapat diperkukuh, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pengerusi Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, dalam usaha mencapai kesepakatan dalam ASEAN cabaran yang perlu dihadapi adalah apabila negara anggota mempunyai tahap keterbukaan pasaran dan keutamaan ekonomi yang berbeza.
Katanya, walaupun wujud konsensus yang menjadi asas kerjasama ASEAN, tetapi perjanjian perdagangan pelbagai hala yang dicapai tidak semestinya mempunyai skop dan tahap keterbukaan yang sama seperti perjanjian dua hala.
“Perjanjian pelbagai hala yang dicapai mungkin tidak begitu mendalam atau tidak sebaik perjanjian dua hala. Kita sering bercakap tentang kepentingan kedaulatan negara dan perkara itu boleh difahami.
“Sememangnya bukan mudah untuk semua negara anggota ASEAN mencapai persetujuan, terutama apabila terdapat pelbagai pertimbangan strategik yang menyebabkan mereka tidak dapat bersetuju untuk membuka pasaran masing-masing,” katanya ketika menjadi ahli panel pada Pelancaran ASEANX dan Pelancaran Forum ASEANX, di sini, pada Jumaat.
Menurut Tengku Zafrul, perbezaan saiz ekonomi turut mempengaruhi pendekatan negara anggota terhadap perjanjian perdagangan, dengan Brunei dan Singapura mempunyai ekonomi yang lebih terbuka berbanding negara yang mempunyai pasaran domestik lebih besar seperti Malaysia dan Indonesia.
Beliau yang juga bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, Indonesia yang mempunyai populasi kira-kira 280 juta orang berdepan pertimbangan berbeza dalam menentukan tahap keterbukaan pasaran menerusi perjanjian perdagangan.
Oleh itu kata beliau, perjanjian dua hala yang dimeterai Malaysia dengan pelbagai negara boleh menawarkan manfaat lebih ketara kepada industri dan ekonomi negara, namun pendekatan sedemikian tidak semestinya dapat diterapkan sepenuhnya dalam kerangka pelbagai hala ASEAN.
“Kita perlu mencari keseimbangan dalam perkara ini. Saya tidak fikir terdapat jawapan yang betul atau salah, tetapi perkara penting ialah perjanjian pelbagai hala itu perlu terus ditambah baik dan dinaik taraf,” jelasnya.
Menurut Tengku Zafrul, penambahbaikan perjanjian sedia ada, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-India, penting bagi memastikan kerjasama ekonomi serantau terus relevan. – UTUSAN
The post ASEAN perlu sesuaikan perjanjian perdagangan dengan kepentingan negara anggota – Zafrul appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)16:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.